Belajar dunia sains secara santai di SciShow

Dengan pendapatan hampir ratusan ribu setiap bulan hasil sumbangan komuniti internet menerusi penyedia dana awam Petreon sejak 2015, SciShow komited menghasilkan bahan pembelajaran berkualiti bertemakan sains dengan cara mereka sendiri.

SciShow memberi fokus kepada berita penemuan terkini, sejarah serta konsep disebalik sains melalui penerbitan kandungan video.

Mereka  menawarkan 3 saluran pembelajaran sains di Youtube menerusi SciShow, SciShow Space, and SciShow Kids. dan terkini melancarkan satu lagi saluran iaitu SciShow Psych memfokuskan sains psikologi.

Matlamat mereka adalah untuk merakam kehebatan alam semesta yang disifatkan pelik dan menjelaskannya dalam bentuk yang mudah difahami dan menyeronokkan. Mereka cuba menjawab persoalan-persoalan mudah secara saintifik mengenai apa berlaku di sekeliling kita, sebagai contoh “Mengapa langit berwarna biru?”,  “Apa itu cinta?” dan “Mengapa rambut kerinting”?.

Sehingga catatan ini ditulis, saluran utama mereka SciShow mencatatkan 4,280,204 langganan, manakala saluran mengenai sains angkasa SciShow Space mencatatkan 842,674 langganan. Manakala saluran sains untuk kanak-kanak SciShow Kid mencatatkan 5,400,567 langganan.

SciShow juga menawarkan kepada sesiapa sahaja seluruh dunia untuk menjadi penulis dan editor mereka (tawaran sehingga 31 Mac 2017).

Langgan saluran Youtube SciShow
Layari Thumbr: SciShow Tumblr

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.