Belajar pengaturcaraan di Code.org dengan watak popular Minecraft

Minecraft merupakan satu permainan video yang popular dengan gaya ‘retro’ dan mempunyai misi permainan yang menarik. Ianya telah beralih tangan daripada pembangun Mojang kepada Microsoft Inc (menerusi Microsoft Studios) dengan nilai sebanyak USD2.5 bilion.

Terkini, pihak Code.org telah berkerjasama dengan Microsoft untuk menggunakan watak dalam permainan Minecraft  ke dalam set pembelajaran pengaturcaraan mereka. Sebelum ini Code.org membawakan beberapa watak popular seperti dalam permainan Plants vs. Zombie dan juga animasi Frozen kedalam set pempelajaran popular mereka, The Hour of Code.

Kenali Code.org

 Penggunaan watak terkenal sebenarnya amat membantu pelajar terutamanya kanak – kanak untuk lebih berminat dan kekal fokus dalam pembelajaran. Misi utama Code.org adalah untuk memperkenalkan konsep asas pengaturcaraan dalam ilmu sains komputer. Kempen ini mendapat sokongan padu dari pelbagai tokoh era revolusi digital seperti Mark Zuckerberg dan Bill Gates.

Kami menyarankan pelajar yang mahu menceburi bidang ini memulakan langkah pertama anda dengan menghabiskan beberapa modul yang disediakan oleh Code.org. Ianya akan menyediakan anda dengan asas yang mantap untuk anda melangkah ke tahap seterusnya.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.