100 tempat percuma bengkel belajar Python untuk guru

DevCon : Cikgu Edition merupakan salah satu inisiatif utama cikgusiber.com untuk membantu para guru Malaysia dalam usaha menyediakan mereka mendepani cabaran ‘industri 4.0’.

Fokus akan diberikan kepada hal-hal berkaitan kemahiran asas pendidik dalam pelaksanaan subjek baharu seperti Asas Sains Komputer dan Sains Komputer di sekolah.

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama erat komuniti sukarelawan digital DevCon. Kami dan pihak industri sedar, sesuatu perlu dilakukan dengan kapasiti serta kemampuan yang kami miliki.

Pada 14 April, Sabtu akan dijalankan satu ‘mini meetup’ mengumpul 100 orang guru melibatkan bantuan mungkin lebih 20 orang sukarelawan penggiat industri digital Malaysia.

Kami yakin dan percaya, hubungan pendidik dan pemain industri perlulah dieratkan untuk menjadikan institusi pendidikan kekal relevan dan seiring dengan perubahan pantas teknologi di luar sana.

Program sehari ini merupakan susulan program pertama yang dianjurkan pada Disember tahun lepas. Ianya mendapat sokongan yang padu daripada pihak Malaysia Global & Innovation Centre (MaGIC).

Pendaftaran akan ditutup setelah pendaftaran mencapai 100 orang. Terbuka kepada guru-guru yang serius untuk menyertai sahaja.

Daftar disini!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.