8 saluran Youtube menarik untuk pembelajaran Sains yang wajib anda ‘SUBSCRIBE’

Di Youtube, terdapat begitu banyak saluran bertemakan Sains untuk anda terokai. Saya senaraikan lapan saluran yang mungkin dapat membantu anda menambah ilmu pengetahuan dengan cara yang santai dan menghiburkan.

Jangan lupa tekan SUBSCRIBE dan tekan butang loceng untuk notifikasi setiap video baharu pada saluran-saluran berikut.

1.  SciShow

SciShow memberi fokus kepada berita penemuan terkini, sejarah serta konsep disebalik Sains. Matlamat mereka adalah untuk merakam kehebatan alam semesta yang disifatkan ramai sebagai pelik dan mereka ingin menjelaskannya dalam bentuk yang mudah difahami serta menyeronokkan. Dihoskan oleh Han Green, terdapat lima pecahan tema iaitu SciShowSciShow Space, SciShow Kids dan SciShow Psych.

Subscribe saluran SciShow

2. TED-Ed

TED terkenal dengan perkongsian idea luarbiasa serta penemuan terkini dan sensasi dunia Sains. Salah satu bahagian mereka untuk pendidikan iaitu TED-Ed, hadir dengan kandungan yang berkualiti serta animasi yang sangat menarik untuk membentuk pemahaman yang jelas. TED-Ed menawarkan bukan sahaja video bertemakan Sains. Ianya juga meliputi kandungan dari pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Subscribe saluran TED-Ed

3. AsapSCIENCE

AsapSCIENCE mencatatkan lebih 9 juta subscribers di Youtube. Ianya dihoskan oleh pasangan (opps!… pasangan ke?) Mitchell Moffit dan Gregory Brown. Mereka menggunakan teknik lakaran time-lapse dalam kebanyakkan video yang dihasilkan. Video diterbitkan dengan kerap meliputi pelbagai isu serta tajuk sensasi dunia Sains. Amat sesuai bagi anda yang mahu mendalami ilmu dengan hidangan grafik yang kreatif.

Subscribe saluran AsapSCIENCE

4. MinutePhysics

Menggunakan teknik video yang hampir sama sepertimana AsapSCIENCE, MinutePhysics menawarkan video yang lebih ringkas menerangkan mengenai sesuatu fenomena Sains Fizikal. Mereka pernah muncul dalam portal PBS NewsHourHuffington Post, NBC dan Gizmodo. Video paling popular mereka bertajuk  Immovable Object vs. Unstoppable Force – Which Wins? telah ditonton sebanyak 12 juta kali di Youtube.

Subscribe saluran MinutePhysics

5. Kurzgesagt – In a Nutshell

Sekurang-kurangnya satu animasi dihasilkan setiap bulan, namun hasilnya sangat hebat. Saya menyukai konsep grafik yang dipaparkan. Pasukan Kurzgesagt mengunakan kemahiran mereka dalam aplikasi After Effect dan Illustrator untuk menghasilkan animasi. Dengan 11 juta subscribers, saluran ini semakin berkembang pesat. Video dibawah iaitu ‘The Coronavirus Explained & What You Should Do’ merupakan satu video yang harus anda tonton untuk memahami fenomena pandemik COVID-19.

Subscribe saluran Kurzgesagt – In a Nutshell

6. SmarterEveryDay

“Sila lihat 2 video, jika anda rasa ia menakjubkan sila Subscribe…” ujar pemilik saluran ini, Destin Sandlin. Beliau merupakan seorang jurutera earoangkasa yang menjadi personaliti terkenal menerusi saluran Youtube. Satu video popular beliau mencatatkan hampir 80 juta tontonan setakat ini. SmarterEveryDay memaparkan penerokaan saintifik kepada apa yang berlaku dalam dunia sekeliling. Teknik slow-mo camera yang kerap digunakan menjadikan paparan di SmarterEveryDay sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Subscribe saluran SmartEveryDay

7. Vsauce

Michael Stevens memulakan Vsouce pada 2010. Beliau dan kadang-kadang dibantu rakan-rakan hos lain terkenal dengan karektor yang agak ‘gila-gila’ dalam penerokaan dunia Sains. Kini mereka mencatatkan lebih 15 juta subscribers, satu jumlah yang agak besar bagi satu-satu saluran untuk pendidikan. Statistik menunjukkan video-video dalam saluran Vsauce telah ditonton sebanyak 1.8 bilion kali. Begitu banyak bukan?.

Subscribe saluran Vsauce

8. Veritasium

Setelah mengikuti ketujuh-tujuh saluran diatas, rasanya tidak lengkap sekiranya anda tidak mengikuti saluran Veritasium. Ianya memaparkan dokumentari pendek penerokaan Sains dan juga Sains disebalik kejuruteraan. Veritasium memaparkan kandungan yang matang dan berkualiti tinggi. Derek Muller menggunakan kemahiran penerbitan filem yang dimiliki untuk menghasilkan produksi yang menarik.

Subscribe saluran Vilatasium

Sokong Cikgu Razif dengan mengundi beliau sebagai #CikguJuaraDigital MDEC di https://bit.ly/3aS5J3t sebelum 14 Mei 2020. Boleh lihat video projek di https://youtu.be/DicoAZ7NwBg.

  • Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.