6 saluran Youtube untuk belajar seni fotografi

Baru-baru ini saya dihubungi oleh bekas pelajar memaklumkan beliau akan memulakan pengajian dalam bidang fotografi di salah sebuah universiti awam.

Saya mencabarnya dengan memberi pautan profail IG salah seorang ikon dalam bidang fotografi dan memberi tempoh 10 tahun untuk menjadi sehebat ikon tersebut.

Beliau menerima cabaran tersebut dengan penuh bersemangat.

Kelab Fotografi di Sekolah

Lazimnya di sekolah akan terdapat Kelab Fotografi yang berperanan membantu guru melakukan rakaman peristiwa pada acara rasmi dan tidak rasmi sekolah.

Sewaktu di MCKK, tugas ini digalas oleh unit khas jurugambar dalam kelab Briged Bestari. Terdapat juga sekolah yang hanya terdiri daripada sekumpulan kecil pelajar untuk membantu guru.

Pelajar-pelajar ini akan terus menerokai kemahiran baharu untuk memberi khidmat terbaik kepada pihak sekolah. Ada juga antara mereka yang menyertai pertandingan-pertandingan bertemakan fotografi.

Youtube merupakan satu platform yang kaya dengan sumber ilmu. Disini saya kongsikan 6 saluran Youtube terbaik sebagai rujukan pembelajaran mereka.

1. COOPH

Dengan lebih 700,000 langganan (subcribers) di saluran mereka, COOPH memaparkan pelbagai teknik kreatif yang harus anda cuba. Satu saluran yang WAJIB anda ikuti dalam dunia fotografi.

Ikuti COOPH

2. B & H

B & H menawarkan pelbagai tip berguna untuk fotografi. Bagi pelajar atau sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, anda boleh memulakan langkah dengan video dengan label “FocusEd”.

Ikuti B&H

3. AdoramaTV

Adorama mencatatkan lebih 1 juta tontonan sebulan di saluran Youtube. Mereka mempunyai ramai hos dan pakar yang berkongsi
pengalaman dan kemahiran mereka di Adorama TV.

Ikuti Adorama TV

4. DigitalRev TV

‘The most viewed photography show on the Internet’ 🤔

Ikuti DigitalRevTV

5. TheCameraStore TV

TheCameraStore TV memaparkan ulasan mengenai perkakasan-perkakasan fotografi dalam dunia sebenar.

Ikuti TheCameraStoreTV

6. PHLEARN

Tak lengkap rasanya jika anda belajar teknik fotografi tanpa mendalami ilmu penyuntingan menerusi perisian penyuntingan grafik seperti Adobe Photoshop.

Ikuti PHLEARN

Sentiasa bersama cikgusiber.com untuk pelbagai perkongsian infomasi menarik mengenai teknologi dan pendidikan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Sertai juga saluran Telegram kami untuk perkongsian setiap hari.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.