Bengkel ATC iChampion MY untuk Guru-Guru Cemerlang Selangor

ATC iChampion merupakan satu inisiatif utama kami dengan kerjasama pihak Apple Malaysia.

Gerakkan komuniti ini akan membantu guru pengguna Apple mendapat latihan terbaik secara percuma dengan harapan akan wujudnya kumpulan guru ‘champion’ yang dapat membimbing guru-guru lain pada masa hadapan.

Pada 17 dan 18 April telah berlangsung satu bengkel ATC iChampion MY di Apple Training Room, KL Sentral.

Matlamat bengkel adalah untuk memperkenalkan para guru cemerlang dengan teknologi dan inisiatif Apple Education.

Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakan. Terima kasih kepada Ustazah Sarimah yang telah berusaha menjayakan bengkel ini.

Sertai komuniti ATC iCHampion MY di Telegram

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.