Berapa bintang untuk laman web sekolah yang dibangunkan oleh Cikgu Fahmi ini?

Laman web merupakan satu platform terbaik sebagai penghubung institusi sekolah dengan masyarakat. Ianya memaparkan maklumat yang diperlukan menerusi pelbagai persembahan.

Terdapat sekolah yang amat mementingkan imej menerusi pembinaan laman web yang tampak kemas, profesional dan sentiasa dikemaskini. Namun, membangun dan mengurus sesebuah laman web bukanlah mudah.

Cikgu Fahmi, Guru Penyelaras ICT dari SMK Bandar Baru Seri Sendayan, Seremban menyertai My EduBlog Meetup #1 yang dianjurkan cikgusiber.com pada tahun lalu.

Sekitar MyEduBlog Meetup #1 pada 19-20 Mac 2018

Beliau membangunkan laman web sekolah menggunakan platform WordPress CMS dengan kos RM300 untuk hosting dan juga domain khas pendidikan. Untuk itu, banyak cabaran yang terpaksa beliau tempuhi.

Laman web ini mengambil masa selama sebulan untuk dibangunkan. Saya memberi 5 bintang kepada hasil kerja beliau yang saya sifatkan sebagai amat baik, kemas dan berinfomasi. Anda pula bagaimana?

https://smkbbss.edu.my

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.