Dr. Ihsan Ismail berkongsi idea ‘Beyblade’ sebagai BBM Mata Pelajaran STEM

Nota: Tulisan berikut merupakan catatan oleh Dr. Ihsan Ismail di kumpulan Facebook STEM Malaysia di Malaysia – Pendidikan Menerusi Penerokaan

Sekarang permainan beyblade boleh dikatakan menjadi kegilaan murid di seluruh dunia. Bagaimana guru boleh menjadikannya sebagai alat atau bahan bantu mengajar (BBM)?

1. “Build your own beyblade” boleh dijadikan sebagai salah satu topik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni atau Reka Bentuk & Teknologi.

2. Membuat beyblade sendiri juga boleh dijadikan aktiviti hands-on dalam mata pelajaran Sains untuk menjelaskan konsep daya dan tenaga.

3. Boleh membuat eksperimen dengan menguji tempoh masa beyblade yang dihasilkan berpusing jika pembolehubah seperti berat, saiz, bahan yang digunakan, panjang launcher dan lain-lain adalah berbeza.

4. Menjelaskan konsep masa melalui pertandingan untuk menentukan beyblade yang paling lama berpusing.

5. Menjelaskan konsep min dalam matematik melalui aktiviti mencari purata masa beyblade berpusing selepas beberapa percubaan. Boleh juga minta murid melukis carta bar untuk mewakili masa bagi setiap percubaan.

6. Ada pelbagai aktiviti lain yang boleh dijalankan dengan menggunakan permainan beyblade yang menjadi kegilaan murid sekarang ini. Mereka boleh belajar sambil bermain.

👨‍🏫 Dr Ihsan Ismail merupakan ketua di Pusat STEM Negara yang gemar berkongsi idea-idea pembelajaran menerusi media sosial.

Ikuti Dr Ihsan Ismail di Facebook

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.