Mengapa seorang pendidik perlu memiliki blog?

Blog pernah menjadi satu fenomena dalam zaman evolusi Internet.

Tak kira apa pun tujuan – mempromosi perniagaan, menyebar ilmu, berkongsi resepi, coretan pengalaman serta sebagai alat terapi – 2018, blog masih lagi berkuasa dan kekal relevan.

Bagi yang serius, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk memiliki hosting dengan nama domain sendiri seperti namaanda.com.

Guru terlalu sibuk

Saya pernah memberi cadangan kepada rakan-rakan lain untuk memulakan penulisan blog. Alasan utama yang diberikan oleh mereka adalah mereka terlalu sibuk.

Ada juga yang berminat dan bersedia untuk menulis tetapi tiada kemahiran teknikal atau tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Bagi pendidik yang pernah cuba untuk menulis pula, mereka beranggapan menulis di blog memberi sedikit bebanan.

Selaku seorang pendidik dan juga penulis di cikgusiber.com sejak 2015, saya mengakui pandangan ini.

Ianya memerlukan anda mempunyai keazaman, disiplin serta strategi yang betul untuk kekal menulis.

Sebenarnya, seorang pendidik tidak perlu ‘mendera’ mental untuk menulis setiap hari. Anda haruslah menetapkan sasaran tersendiri seperti seminggu sekali.

Jangan terlalu risau jika masyarakat umum menganggap blog anda tidak aktif. Ini kerana secara realitinya, pembaca bukannya setiap hari ke blog anda untuk mendapatkan maklumat.

Pastikan perkongsian anda betul-betul memberi makna kepada pendidik lain. Abaikan segala kritikan jika ada dan terus memandang ke hadapan.

Jika masih tidak yakin, anda juga boleh mengendali satu blog secara berkumpulan dengan tema yang sama.

Media Sosial vs. Blog

Ada sahabat mengatakan, dalam era media sosial, blog dianggap sudah ketinggalan zaman. Berkongsi di media sosial lagi berkesan, ujarnya lagi.

Saya menyanggah pandangan ini. Blog bagi saya mempunyai kekuatannya tersendiri. 💪

Dengan menulis di blog anda sebenarkan mengkurasi kandungan ilmu yang ada miliki dengan baik. Engin carian seperti Google juga lebih mudah menemui anda.

Setelah memiliki blog, barulah media sosial digunakan untuk menyebarluas lagi perkongsian anda.

Catatan di cikgusiber.com bertajuk Hasilkan sijil dengan rekabentuk profesional menggunakan aplikasi Canva telah dikongsi sebanyak lebih 400 kali dalam masa 3 hari di Facebook.

Cuba bayangkan, jika setiap pengguna mempunyai 500 rakan (secara purata), 400 perkongsian bermaksud 200,000 penguna telah melihat promo perkongsian tersebut.

Jika anda mahu kandungan anda menemui lebih banyak pengguna, sedikit pelaburan diperlukan. 😃

Dalam eksperimen saya, menerusi perkongsian Bagaimana log masuk Wi-Fi menggunakan QR code, ianya telah menemui lebih 44,000 pengguna di Facebook dengan membelanjakan RM70 untuk Facebook Ads.

Anda juga boleh berkongsi menerusi aplikasi permesejan. Perkongsian saya mengenai satu panduan mengenai RBT dan ASK di Telegram telah mencapai hampir 10,000 pengguna.

Jumlah ini amat kecil berbanding rakan lain yang sudah lama menulis.

Namun saya juga seperti anda, ingin memulakan usaha kecil untuk sebuah impian yang besar – untuk sama-sama mentransformasi institusi pendidikan negara.

Para guru, guru cemerlang, pensyarah, instruktor, motivator, jurulatih SICS+, pentadbir pendidikan, guru pelatih dan pelajar-pelajar IPT bakal guru marilah sama-sama kita semarakkan budaya ilmu.

Sertai My Edublog Meetup #1

Menyedari ramai pendidik yang sedang mengendalikan blog, kami bawakan satu acara perhimpunan terbesar blogger pendidikan pada cuti persekolahan Mac.

Ia juga sesuai disertai para pendidik yang baru ingin memulakan penulisan menerusi platform blog. Kami akan membimbing anda sepanjang 2 hari untuk anda bangunkan blog anda sendiri.

Para blogger perlu menyedari cabaran teknikal yang wujud dimana pada masa kini maklumat diakses menerusi peranti pintar.

Dalam acara ini juga, kami akan membantu anda mengatur strategi yang betul untuk seorang guru yang merancang untuk menulis tetapi merasakan dirinya terlalu sibuk.

Dalam perhimpunan ini juga akan dilancarkan satu hub direktori menyenarai semua blog pendidikan yang aktif yang wujud dalam negara.

Bersama kami memulakan perjalanan yang menakjubkan bersama cikgusiber.com. Bersama kita beramal menyebar ilmu bermanfaat kepada semua. 😀

Maklumat lanjut My Edublog Meetup disini.

Sumber grafik: Freepik

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.