Toyota Eco Youth (TEY) diperkenalkan pada tahun 2001 oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sebagai salah satu program CSR mereka. UMWT telah membelanjakan lebih RM6 juta dalam usaha membimbing pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk mereka melindungi alam sekitar. Ianya melibatkan lebih 1500 guru dan pelajar dari 209 sekolah.
Kali ini, 12 buah pasukan menggalas cabaran menjadi ‘wira’ untuk melestarikan alam sekitar dengan tema ‘reducing carbon footprints’. Majlis pelancaran dan sesi bengkel telah dijalankan pada 28 Februari hingga 2 Mac 2017 di Concord Hotel, Shah Alam. Seterusnya sekolah terpilih akan meneruskan cabaran dalam tempoh tertentu mengikut fasa pembangunan yang telah dirancang.
Antara 12 sekolah berikut adalah:
- SMK Balai Besar, Dungun, Terangganu
- SMK Bandar Putra, Segamat, Johor
- SMK Bukit Baru, Bukit Beruang, Melaka
- SMK Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah
- SMK Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan
- SMK Lopeng Tengah, Miri, Sarawak
- SMK Permatang Tok Labu, Seberang Perang, Pulau Pinang
- SMK Pinggan Pinggan, Pitas, Sabah
- SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak
- SMK Rompin Permai, Kuala Rompin, Pahang
- SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor
- SMK Tok Janggut, Pasir Putih, Kelantan.
Mari ikuti LAMAN BLOG mereka untuk mengikuti perkembangan terkini usaha mereka melaksanakan tugasan yang diberi.
Comments have been closed/disabled for this content.