BTP menganjurkan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2018

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2018. Pertandingan ini telah dijalankan saban tahun bermula tahun 2013 sehingga 2017 dan menjangkau tempoh 5 tahun pelaksanaannya.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi serta menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi dalam PdP selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Anjakan 7.

Anjakan ini akan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan juga dalam inisiatif ketiga Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital dan kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan pada tahun 2020.

Menghampiri peristiwa penting ulangtahun kemerdekaan pada Ogos, kali ini tema ‘Patriotism’ dipilih. Dua kategori dipertandingan iaitu kategori Rendah (murid 7 hingga 12 tahun) dan kategori Menengah (murid 13 hingga 17 tahun).

Hanya 3 peserta sahaja dalam satu kumpulan dan setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja. Tarik tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2018.

Syarat pertandingan
Maklumat lanjut dan borang penyertaan

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.