Hasilkan sijil dengan reka bentuk profesional menggunakan aplikasi Canva

Dalam catatan lalu, saya berkongsi mengenai 6 aplikasi terbaik untuk membina poster dan infografik.

Ianya menjadi satu catatan perkongsian yang paling banyak dilihat di cikgusiber.com setakat ini.

Sebenarnya, aplikasi-aplikasi yang disenaraikan bukan sahaja membolehkan anda membina poster atau infografik. Ia lebih daripada itu.

Mereka menawarkan format rekabentuk grafik yang pelbagai seperti format grafik untuk media sosial, kulit buku dan sebagainya. Anda juga boleh menetapkan sendiri saiz kanvas anda.

Selain itu, penggunaan templat yang disediakan dapat membantu menjimatkan masa lantas meningkatkan produktiviti kerja anda.

Rekabentuk Sijil di Canva

Menjadi kebiasaan dalam setiap program anjuran sekolah, sijil merupakan dokumen pembuktian terpenting diberikan kepada para peserta.

Dalam sesebuah program akan terdapat satu sub jawatankuasa dibentuk untuk mengurus hal-hal sijil, hadiah dan cenderamata.

Apa kata jika anda diberi tugasan menghasilkan sijil, guna sahaja aplikasi Canva.

Canva merupakan aplikasi grafik berasaskan web yang versatil serta mudah digunakan.

Catatan kali ini saya kongsikan bagaimana anda boleh menghasilkan sijil yang berkualiti menerusinya.

Nota: Versi dalam siri demo ini adalah aplikasi web Canva. Namun, anda juga boleh mencuba versi app di App Store atau Play Store.

1. Daftar akaun di https://canva.com

Anda boleh juga mendaftar menggunakan akaun Google atau Facebook

2. Mulakan suntingan

Pilih ‘Certificate’ untuk menyunting sijil anda
Pilih reka bentuk kesukaan anda. Canva menawarkan banyak templat menarik secara percuma
Masukan pelbagai elemen grafik jika mahu
Pilihan teks dengan rupa fon yang pelbagai dan menarik
Mengubah latar
Suntingan reka bentuk latar memberi kesan rupa yang berbeza
Anda boleh memuat naik fail imej anda sendiri
Anda juga boleh mengimport imej dari laman Facebook anda

3. Export fail

Setelah sijil siap kini masa untuk eksport dan muat turun
Pilihan jenis/format fail untuk dimuat turun
Proses import fail yang pantas
Tadaa…. sijil anda siap!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.