Dapatkan 17 Buku Sumber STEM terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menerbitkan 17 Buku Sumber STEM dalam bentuk ebook sebagai modul contoh dan pencetus idea kepada guru dalam menyediakan aktiviti PdP STEM.

Menurut BPK, bahan sumber yang dibangunkan pada 2017 ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek.

PdP ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.

Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Proses PdP STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.

17 Buku Sumber STEM yang ditawarkan terdiri daripada bidang dan tema berikut:

  1. Asas Kelestarian
  2. Asas Sains Komputer
  3. Grafik Komunikasi Teknikal
  4. Matematik Sekolah Menengah Atas
  5. Matematik Sekolah Rendah
  6. Pengajian Kejuruteraan Awam
  7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
  8. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  9. Pertanian
  10. Prasekolah
  11. Reka Bentuk Teknologi Sekolah Menengah
  12. Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah
  13. Sains Rumah Tangga
  14. Sains Sekolah Menengah Atas
  15. Sains Sekolah Rendah
  16. Sains Sukan
  17. Sains Tambahan
Muat turun sekarang

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.