Kahoot! menawar ciri carian baharu – manfaatkan 28 juta set kuiz interaktif sedia ada

Kahoot! merupakan aplikasi permainan interaktif kuiz ‘masa-nyata’ yang begitu popular dan menjadi fenomena seluruh dunia.

Mereka menyedari guru terlalu sibuk untuk menghasilkan set kuiz mereka sendiri. Oleh itu mereka menawarkan ciri baharu carian yang lebih baik dan pantas untuk mencari set kuiz sedia ada.

Untuk makluman anda, dii Kahoot! terdapat lebih 28 juta set kuiz pelbagai subjek yang boleh anda gunakan.

Fungsi carian ini dikatakan akan membantu anda mencari set kuiz yang berkualiti dan relevan dengan kehendak anda.

Antara peningkatan dalam carian Kahoot! 2018 adalah:

  • ‘smart autosuggestions’ – ciri saranan pintar berdasarkan taipan anda.
  • Penapis keputusan carian berdasarkan subjek, gred dan sebagainya.
  • Keputusan carian secara visual dan lebih relevan.
  • Fungsi tandaan carian kegemaran anda sebagai ‘favourite’.
  • Sisih keputusan carian dengan kuiz yang popular, berkualiti atau yang paling releven.
Ketahui dengan lebih lanjut ciri baharu carian di Kahoot!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.