Catatan – 10 hari Menjenguk Sistem Pendidikan Singapura

Saya diberi peluang untuk menyertai satu program antarabangsa Asia Pacific Young Leader Summit (APYLS) kali ke-10 anjuran Hwa Chong Institutions, Singapura mengiringi 2 pelajar saya ke sana.

Bertuahnya saya program ini menjemput sekolah-sekolah terbaik terbaik seluruh dunia untuk menyertai. MCKK dan Chung Ling High School Pulau Pinang menjadi peserta tetap dari Malaysia sejak dahulu lagi.

Fakta menarik mengenai diri saya, pada umur 30 tahun baru saya berpeluang menjejak kaki ke luar negara, haha. Fakta kedua, 4 nombor akhir passport antarabangsa yang baru didaftar adalah sama dengan 4 angka akhir pada IC saya, kebetulan.

Ya, sepanjang 10 hari para guru pengiring dihidangkan dengan program yang berbeza dengan pelajar yang mana kami dibawa melihat sendiri bagaimana sistem pendidikan Singapura berfungsi dari awal sehingga ke peringkat tertinggi.

Antara yang dilawati adalah sistem pendidikan di Hwa Chong Institutions itu sendiri, Singapore Ministry of Education, Institute of Technical Singapore, National Institute of Education dan beberapa lagi.

Seterusnya, kami juga diberi kesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik di Singapura. Saya tidak dapat lupakan pengalaman di Kampung Kampus (Ground-up Initiative) yang sangat-sangat inovatif.

Layanan yang diberikan oleh pihak penganjur amat baik sekali. Tidak dapat dilupakan sesi bertemu presiden Singapura di beliau untuk sesi minum petang.

Sepanjang lawatan tersebut dapat saya rumuskan, perkara terpenting adalah pembuat dasar perlu mempunyai visi yang jelas. Visi ini ini akan memandu sistem ke arah yang betul.

Titik perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan terutamanya dasar amat memberi kesan kepada generasi yang lahir. Guru memainkan peranan penting untuk merencanakan dasar agar visi tercapai dan dihayati.

Program ini telah memberi peluang kepada saya melihat sendiri pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia. Singapura telah merencana satu perancangan yang terbaik untuk memastikan genarasi yang lahir relevan dengan dunua semasa.

Berbalik kepada program yang disertai pelajar untuk APYLS, persembahan idea pasukan Malaysia yang dibimbing amat membanggakan. Rakan rakan guru pengiring lain memasukkan pasukan Malaysia bersama pasukan dari India, Filipina, dan Indonesia untuk persembahan idea terbaik.

Saya amat terharu kerana sepanjang persembahan, hanya persembahan pasukan Malaysia sahaja yang hampir semua guru pengiring di belakang berdiri dan bersalam dengan saya mengucapkan tahniah.

Sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/145090336@N07

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.