Catatan – Google Earth Outreach : Educator Lesson Plan Jam Program

Hari ini saya ke Google Malaysia untuk meyertai satu bengkel pendidikan iaitu Google Earth Outreach : Educator Lesson Plan Jam Program. Telah lama saya berhasrat untuk menjejak kaki ke sini.

Program dikendalikan oleh Tomomi Matsuoka dari Google Earth Outreach (Japan). Objektif program adalah untuk mengaplikasikan Google Mapping Tools dalam pembelajaran di kelas.

Sesi pagi dimulakan dengan pengenalan Geospatial Thinking. Saya amat tertarik dengan konsep Geospatial Thinking ini. Saya rasakan bidang ini mempunyai potensi yang besar untuk diperkembang dalam dunia pendidikan.

Antara teknologi pemetaan yang digunakan ialah Google Earth, My Maps, Street View and Expeditions, Tour Builder, Google Earth Engine, dan Open Data Kit

Seterusnya, sesi petang para peserta melakukan jamming dalam mini hackathon untuk membina rancangan pembelajaran menggunakan teknologi yang telah diajar.

Setiap kumpulan menunjukan kreativiti masing-masing. Siapa sangka alat pemetaaan ini dapat diaplikasikan dengan baik dalam subjek seperti Matematik. Program ini telah membuka mata saya mengenai teknologi yang dibangunkan oleh Google dan pihak ketiga.

Walaupun teknologi ini boleh diadaptasi dalam pelbagai subjek, saya berpendapat sebagai seorang guru subjek Geografi, ini merupakan kemahiran asas yang WAJIB anda miliki.

Saya dimaklumkan Google sedang merancang banyak lagi program sebegini untuk mempromosi teknologi pemetaan mereka kepada para pendidik dan juga penyelidik pada masa hadapan.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.