Catatan – Inisiatif ‘Everyone Can Code’ dari Apple

Dalam mendepani industri 4.0 banyak jenama besar digital sudah mula menjalankan inisiatif pembelajaran ‘coding’. Ianya berkisar kepada kepercayaan apabila kita belajar ‘coding’ sebenarnya kita belajar cara untuk berfikir.

Banyak sudah kajian menunjukkan apabila kita mahir dalam ‘coding’ dan pemikiran komputasional, kita sebenarnya sudah menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

Dalam bengkel yang dihadiri hari ini, Apple memperkenalkan satu modul yang lengkap iaitu Everyone Can Code. Everyone Can Code dilihat lebih menjurus kepada kemahiran dalam asas pengaturcaraan menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

Disamping satu aplikasi untuk pembelajaran pengaturcaraan iaitu Swift Playground, Apple juga menyediakan panduan kepada guru yang ingin mengajar pengaturcaraan di dalam kelas.

Melihat kepada tawaran yang diberikan saya berpendapat ianya merupakan satu usaha yang agak serius daripada Apple. Ianya juga akan meningkatkan kadar penggunaan bahasa pengaturaraan Swift untuk pembangunan pelbagai produk digital.

Lihat lebih lanjut mengenai Everyone Can Code 

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.