Ganu Edtech Day 2019 merupakan acara kedua saya bersama pertubuhan pendidikan RumahKOD setelah telibat sama menjayakan KL Edtech Day pada Disember lalu. Acara ini akan melibatkan dua sesi perkongsian utama serta lebih 40 sesi perkongsian secara hands-on bersama lebih 300 peserta. Acara berlangsung di TD 1303, Kuala Terengganu pada 23-24 Mac ini. Untuk makluman, saya merupakan …

Pada 1 & 2 Disember bertempat di SEGI University, Kota Damansara berlangsung satu bengkel bertemakan teknologi pendidikan anjuran RUMAHKOD. Saya diberitahu oleh pihak peganjur, ini merupakan acara terbesar mereka kali kedua setelah kejayaan di KL EdTech Day 2017. Ianya diteruskan sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. KL EdTech Day 2018 melibatkan belasan tajuk yang dijalankan secara …

ATC iChampion MY akan menganjurkan satu bengkel GarageBand for Educators pada tahun ini di KL/Putrajaya/Cyberjaya (lokasi tepat akan diumumkan). Bengkel akan memberi fokus kepada aspek kemahiran penggunaan aplikasi Apple GarageBand pada iPad serta bagaimana cara untuk mewujudkan pasukan iPad GarageBand di sekolah. Selain itu, diajar juga kemahiran teknikal peralatan untuk sesebuah persembahan ‘live’ iPad GarageBand. Siapa …

DevCon : Cikgu Edition merupakan salah satu inisiatif utama cikgusiber.com untuk membantu para guru Malaysia dalam usaha menyediakan mereka mendepani cabaran ‘industri 4.0’. Fokus akan diberikan kepada hal-hal berkaitan kemahiran asas pendidik dalam pelaksanaan subjek baharu seperti Asas Sains Komputer dan Sains Komputer di sekolah. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama erat komuniti sukarelawan digital DevCon. Kami dan …

MyEduBlog Meetup dirancang untuk menjadi satu perhimpunan terbesar para blogger pendidikan Malaysia. Kami yakin dan percaya bahawa blog masih kekal relevan sebagai satu alat kurasi kandungan pendidikan terbaik dan juga sebagai wadah penyebaran ilmu terpenting dalam dunia pendidikan. Kami di cikgusiber.com mengambil tanggungjawab ini apabila melihat kepada pentingnya untuk memperbanyak perkongsian sumber pendidikan menerusi blog …

Dijemput para blogger pendidikan untuk menyertai perhimpunan blogger pendidikan Malaysia yang julung kali dianjurkan di Cyberjaya pada 19-20 Mac 2018 (Isnin & Selasa) iaitu pada cuti persekolahan ini. Juga kepada semua guru, guru cemerlang, pensyarah, instruktor, motivator, jurulatih SICS+, pentadbir pendidikan, guru pelatih dan pelajar-pelajar IPT bakal guru yang berminat untuk membina blog sendiri kami sediakan sokongan …

Leaps of Knowledge atau dikenali sebagai ‘leaps‘ oleh komuniti pendidik merupakan satu persidangan tahunan pendidikan anjuran Frogasia melibatkan warga pendidikan seluruh negara. Ianya bertemakan teknologi dalam pendidikan serta perkongsian amalan baik dalam pembelajaran abad ke-21.   Acara di pentas utama lazimnya akan melibatkan nama-nama besar dunia dalam bidang pendidikan, dibawa khas untuk memberi idea dan …

Hari ini berlangsungnya satu bengkel khas anjuran DevCon, iaitu satu komuniti pembangun perkhidmatan dan produk digital paling aktif di Malaysia, yang senantiasa menawarkan latihan percuma kepada komuniti. Saya yang turut sama terlibat sebagai sukarelawan DevCon, merancang program ini agar memenuhi maksud kandungan kurikulum itu sendiri disamping memahami keperluan dan kehendak para guru. Para fasilitator bengkel datang …