Dalam acara WWDC18 minggu lalu, Apple mengumumkan iOS 12 yang bakal dilancarkan pada September ini akan membolehkan FaceTime berfungsi secara berkumpulan berbanding hanya 2 peserta (secara dua hala) sebelum ini. Fungsi Group FaceTime ini menyokong sembang berkumpulan secara panggilan video sehingga 32 pengguna. Ianya cukup besar berbanding kebanyakan aplikasi yang serupa di pasaran. FaceTime boleh …

Padlet mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’ pada Februari dengan beberapa buah tangan khas untuk anda. Sambil berseloroh mereka menyatakan mereka terlalu sibuk menyiapkan ciri-ciri tambahan ini sehinggakan lewat memberi ucapan tahun baru. Padlet dilihat kini sedang giat memperkasakan produk mereka dengan pelbagai inovasi terkini. Bulan November 2017 yang lalu, mereka telah mengumumkan beberapa ciri-ciri baharu yang …

Dalam sesi pembentangan di USM baru-baru ini mengenai pembangunan instruksi menggunakan LMS & MOOC, rakan saya Amali mendemonstrasikan sebuah aplikasi yang begitu menarik perhatian saya. Nearpod, satu aplikasi slaid pengajaran secara ‘live’ dan interaktif pada paparan peranti guru dan pelajar. Ianya sesuai diaplikasikan dalam persekitaran BYOD dimana pelajar mempunyai peranti mereka sendiri. Sebenarnya, idea seperti Nearpod telah …

Saya menggunakan Padlet di dalam kelas sebagai satu alat kolaborasi kelas terutamanya dalam sesi ideation. Pelajar akan menerokai dunia Internet mencari sumber dan memautkan segala penemuan serta media yang mereka perolehi di kanvas digital yang dicipta. Padlet juga boleh digunakan dengan pelbagai cara seperti untuk kurasi kandungan, nota kelas, blog dan sebagainya. Ianya ditawarkan menerusi …