Saya amat bertuah kerana sepanjang semester yang baru sahaja bermula, saya akan berguru dengan Prof. Madya Dr. Azidah, penerima ‘Anugerah Pengajaran’ di Anugerah Akademik Negara ke-10 tahun lepas. Dalam sesi pengenalan untuk kelas ‘Educational Strategies’ pada hari ini, beliau memberi kami inspirasi untuk memperkasa diri dengan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pendidik abad ke-21. Setiap alat …

Kahoot! merupakan aplikasi permainan interaktif kuiz ‘masa-nyata’ yang begitu popular dan menjadi fenomena seluruh dunia. Kenali Kahoot! Mereka menyedari guru terlalu sibuk untuk menghasilkan set kuiz mereka sendiri. Oleh itu mereka menawarkan ciri baharu carian yang lebih baik dan pantas untuk mencari set kuiz sedia ada. Untuk makluman anda, dii Kahoot! terdapat lebih 28 juta …

Kahoot merupakan satu platform game-based learning yang membolehkan pelajar menjawab soalan kuiz dengan gajet mereka sendiri secara langsung dihoskan oleh paparan utama dihadapan. Paparan hos tersebut akan memaparkan soalan, pemasa serta statistik jawapan pelajar secara langsung. Menuju ke hadapan, hari ini aplikasi kuiz popular ini telah memperkenalkan satu ciri baharu iaitu Challenge. Berlainan dengan fungsi kuiz interaktif di …

Aplikasi Kahoot! merupakan aplikasi kuiz interaktif masa-nyata yang terbaik, namun ia memerlukan setiap pelajar mempunyai peranti elektronik sendiri. Plicker hadir dengan satu inovasi yang menarik apabila hanya guru yang perlu mempunyai peranti. Pelajar akan menjawab soalan dengan menggunakan kad dengan ‘kod individu’ yang telah dicetak. Guru akan menggunakan lensa kamera (menerusi app) untuk mengimbas kad …

Apabila aksara ‘Q’ ditaip pada ruang carian Google, sistem algoritma carian mereka akan memaparkan cadangan carian dengan nama ‘Quizlet’. Quizlet merupakan satu penyedia khidmat pembinaan set pembelajaran berasaskan kuiz yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Sepanjang tempoh ini pelbagai inovasi baru diperkenalkan  dalam usaha memberi difinisi baru untuk kuiz. Menariknya Quizlet dimulakan oleh  Andrew Sutherland sewaktu berumur …

Saya terlepas bengkel kerja VLE peringkat negeri  pada tahun ini atas masalah kesihatan anak bongsu. Saya wakilkan rakan saya untuk menyertai progam tersebut. Menurut beliau, antara perkara menarik yang dikongsi dalam program tersebut adalah sebuah aplikasi web Kahoot! oleh Cikgu Adilah. Kahoot! merupakan satu aplikasi kuiz interaktif secara masa-nyata (real-time) untuk menjadikan sesebuah kelas lebih menarik. …