Microsoft mengambil alih Fliprid pada Jun 2018 sebagai salah satu usaha memperkasa barisan produk pendidikan mereka. Seterusnya, Flipgrid ditawarkan secara percuma sepenuhnya dan kekal sebagai entiti berasingan. Hari ini, setelah lebih setahun pasukan pembangun bertukus lumus untuk menyediakan platform yang lebih baik dan stabil, akhirnya Flipgrid versi 8.0 diumum dengan wajah baharu sepenuhnya. Bagi yang …

Sewaktu pertama kali memperkenalkan app ini dalam satu bengkel kemahiran pedagogi digital guru, salah seorang guru Matematik menyatakan kerisauannya kerana ianya berpotensi untuk ‘disalahgunakan’ oleh pelajar. Tetapi, saya berpandangan sebaliknya. Photomath memang betul dapat memberi solusi yang cepat kepada pengiraan-pengiraan tertentu dalam matematik. Namun, app ini sebenarnya memaparkan kaedah pengiraan serta konsep disebalik pengiraan menerusi …

Tablet merupakan peranti yang ideal untuk bermain permainan mudah alih. Ini kerana tablet seperti iPad contohnya mempunyai permukaan skrin yang besar serta ketahanan bateri yang lama. Terdapat ibu bapa bebas membiarkan anak-anak mereka memilih sendiri permainan yang disukai. Kadang-kadang kita tidak tahu sama ada kandungannya bermanfaat atau sebaliknya. Sebenarnya, terdapat ribuan app di gedung app …

Inovasi perisian banyak membantu para pendidik menjadikan kelas lebih aktif dan menyeronokkan. Padlet merupakan antara perkhidmatan yang terawal membantu menjadikan pembelajaran digital lebih interaktif. Seterusnya, muncul pelbagai aplikasi yang terus menjadi fenomena di kelas seperti Kahoot!, Flipgrid, Mentimeter dan sebagainya. Para pendidik perlu merancang strategi yang betul agar penggunaan teknologi dapat membantu anda mencapai objektif …

Sebagai pengguna iPad, bagi saya aplikasi Notes yang sedia terpasang pada iOS sudah memadai untuk tugasan mencatat nota serta menyimpan bahan-bahan media secara digital. Terdapat puluhan app ditawarkan di App Store, begitu juga Play Store. Setiap app menawarkan pelbagai ciri-ciri unik yang menjadi kekuatan utama mereka. Berikut saya kongsikan 12 app mengambil nota terbaik. Untuk …

Dalam Apple Student Learning Camp 2018 yang lalu, sekumpulan peserta menggunakan satu app pada iPad untuk membuat model 3 dimensi (3D) bagi cadangan penyelesaian masalah mereka. Begitu kreatif. Sejurus pengenalan subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT), saya melihat perlunya lebih ramai pelajar diberi pendedahan kepada aplikasi sebegini bagi menyediakan mereka kepada dunia sebenar kreativiti.   Shapr3D …

Salah satu sebab mengapa Youtube Kids dibina adalah untuk melindungi kanak-kanak menerusi pengalaman dalam talian yang lebih selamat dengan paparan kandungan yang bersesuaian. Bagaimana pula jika anak anda sudah semakin membesar dan mula pandai mencari maklumat menerusi engin carian Google untuk pembelajaran? Pornografi, keganasan, penipuan, buli siber dan pelbagai lagi gejala negatif di Internet pasti menggusarkan …

Jika pada awal tahun lepas Padlet memperkenalkan beberapa cara baharu untuk mencatat pada kanvas, awal tahun ini diperkenalkan satu lagi cara menerusi format yang dinamakan sebagai Backchannel. Backchannel membenarkan halaman kanvas berfungsi seperti paparan pada aplikasi permesejan yang seringkali kita gunakan. Ia membolehkan teks dan juga media dikongsikan secara kronologi. Padlet menegaskan format terbaru ini bukanlah …

Google, Apple dan Microsoft merupakan 3 gergasi utama dunia digital yang menawarkan pelbagai inisiatif menarik untuk pendidikan. Micosoft minggu lalu mengumumkan penawaran Microsoft Whiteboard for Education yang dikenali juga sebagai Microsoft for EDU. Untuk pengetahuan anda, Microsoft Whiteboard merupakan satu aplikasi kanvas digital untuk pengguna berkongsi idea, kandungan dan berkolaborasi. Ia direkabentuk untuk menyokong skrin sentuh bersama …

Muzik merupakan satu terapi berkesan untuk mengurangkan tekanan kerja. Chewahhh.. 😁 Industri muzik dunia telah berubah yang mana tiada lagi jualan album secara fizikal. Internet yang semakin mampu milik membolehkan pengstriman lagu dilakukan dimana-mana sahaja. Apple Music daripada Apple pada Mei lalu telah mengumumkan yang mana mereka telah mempunyai 50 juta pelanggan. Perkhidmatan pengstriman muzik …