Pada awal 2017, saya pernah menulis mengenai aplikasi penerbitan kandungan Telegraph serta bereksperimen dengan menulis beberapa catatan menerusinya. Telegraph oleh Telegram – ideal bagi pendidik yang tiada kemahiran teknikal pembinaan web Saya merumuskan Telegraph sebagai satu aplikasi yang mudah dikendalikan sehinggakan pengguna yang tiada kemahiran teknikal web pun boleh menggunakan aplikasi ini. Konsep minimalis yang diperkenalkan …

Peta minda atau ‘mind map’ dipopularkan oleh seorang penulis bidang psikologi yang juga personaliti televisyen, Tony Buzan. Beliau pertama kali memperkenalkan istilah ‘mind map’ semasa satu siaran siri TV di BBC pada tahun 1974. Buzan memperkenalkan konsep secara pepohon secara radius (radial tree), diagram menyerupai pokok serta penggunakan kata kunci yang berwarna-warni. Sebenarnya, penggunaan visual untuk …

Saya amat bertuah kerana sepanjang semester yang baru sahaja bermula, saya akan berguru dengan Prof. Madya Dr. Azidah, penerima ‘Anugerah Pengajaran’ di Anugerah Akademik Negara ke-10 tahun lepas. Dalam sesi pengenalan untuk kelas ‘Educational Strategies’ pada hari ini, beliau memberi kami inspirasi untuk memperkasa diri dengan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pendidik abad ke-21. Setiap alat …

Dalam sesi pembentangan di USM baru-baru ini mengenai pembangunan instruksi menggunakan LMS & MOOC, rakan saya Amali mendemonstrasikan sebuah aplikasi yang begitu menarik perhatian saya. Nearpod, satu aplikasi slaid pengajaran secara ‘live’ dan interaktif pada paparan peranti guru dan pelajar. Ianya sesuai diaplikasikan dalam persekitaran BYOD dimana pelajar mempunyai peranti mereka sendiri. Sebenarnya, idea seperti Nearpod telah …

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya menggalakkan pelajar menggunakan Piktochart sebagai alat kreatif untuk projek individu. Pelajar memberi reaksi yang positif terhadap aplikasi web ini. Bagi mereka, ianya amat mudah digunakan. Sebenarnya, terdapat begitu banyak alat peyuntingan grafik berasaskan web yang boleh pelajar gunakan untuk menghasilkan grafik kreatif. Ianya menawarkan pelbagai ciri menarik seperti koleksi …

Saya bertuah kerana sepanjang di sekolah menengah, guru saya menjadikan subjek Sejarah sesuatu yang amat menyeronokkan. Namun, kebanyakkan rakan mengatakan Sejarah merupakan subjek yang amat membosankan. Anda pula bagaimana? Sepertimana yang diketahui, Sejarah merupakan ilmu yang mempunyai galur cerita tersendiri berdasarkan fakta. Masa, tempat dan peristiwa merupakan tiga elemen penting yang perlu diingati lantas dihayati. …

TED-Ed merupakan tawaran khusus TED untuk dunia pendidikan. Sehingga artikel ini ditulis mereka menyatakan 265,396 set pembelajaran telahpun dibina dengan lebih 16 juta soalan telah dijawab. 💪 Misi TED-Ed adalah untuk membina bahan pengajaran menerusi perkongsian yang bernilai tinggi selaras dengan misi utama TED untuk menyebarluaskan idea-idea hebat dunia. 💃 💃 💃 TED-Ed menawarkan satu pustaka pembelajaran yang mana mereka …

Quora merupakan perkhidmatan web untuk anda bertanyakan apa-apa soalan. Komuniti Quora yang tahu mengenai jawapan tersebut akan memberi maklumbalas kepada ada. Maklumbalas terbaik yang diundi akan muncul pada bahagian atas sekali. Nak tahu lebih lanjut mengenai apa itu Qoara? tanyalah sendiri Quora.