ATC iChampion merupakan satu inisiatif utama kami dengan kerjasama pihak Apple Malaysia. Gerakkan komuniti ini akan membantu guru pengguna Apple mendapat latihan terbaik secara percuma dengan harapan akan wujudnya kumpulan guru ‘champion’ yang dapat membimbing guru-guru lain pada masa hadapan. Pada 17 dan 18 April telah berlangsung satu bengkel ATC iChampion MY di Apple Training …

Hari ini berlangsungnya satu bengkel khas anjuran DevCon, iaitu satu komuniti pembangun perkhidmatan dan produk digital paling aktif di Malaysia, yang senantiasa menawarkan latihan percuma kepada komuniti. Saya yang turut sama terlibat sebagai sukarelawan DevCon, merancang program ini agar memenuhi maksud kandungan kurikulum itu sendiri disamping memahami keperluan dan kehendak para guru. Para fasilitator bengkel datang …

Dijemput untuk para guru Asas Sains Komputer (ASK) & Sains Komputer (SK) ke bengkel percuma pada 17 Disember 2017, Ahad di MaGIC, Cyberjaya. Bengkel sehari ni akan memberi fokus kepada kaedah terbaik cikgu untuk belajar pengaturcaraan dengan pantas serta teknik yang diberikan akan boleh juga diajar kepada pelajar kita nanti. 300 tempat disediakan dengan sokongan beberapa …

Pada 11-12 Disember 2017 berlangsung satu bengkel untuk para guru pengguna teknologi Apple Education. Bengkel ini merupakan bengkel pertama anjuran komuniti ATC – iChampion Malaysia dengan kerjasama Apple Malaysia. Bengkel dikendalikan oleh saya sendiri dengan bantuan fasilitator yang telah menerima latihan pertama di Cyberjaya. Berikut merupakan sorotan bengkel tersebut. #sentiasainginberubah

Seiring dengan perkembangan pantas teknologi, BYOD atau Bring Your Own Device merupakan satu kaedah yang amat bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21. Ianya membolehkan proses pembelajaran menerusi literasi maklumat dan aplikasi teknologi di sesebuah institusi pendidikan berlaku dengan lebih cepat serta menjimatkan kos. Kenali BYOD Bengkel ini akan dijalankan secara bersiri dengan memperkenalkan beberapa peranti BYOD …

SEAMEO (Southeast Asian Ministers of Education Organization) merupakan satu sekretariat yang ditubuhkan untuk mempromosi bidang kerjasama rentas sempadan menerusi pendidikan, sains dan kebudayaan antara 11 negara Asia Tenggara. SEAMEO ditubuhkan sejak 1965 dengan pelbagai program untuk memperkasa bidang pendidikan di negara-negara Asia Tenggara. Hari ini menerusi inisiatif SEAMEO 7 Priority Areas (2015-2035), mereka menawarkan satu program …

Seiring dengan  pelancaran Google Earth yang telah diberi nafas baharu, pihak Google mengumumkan akan merancang pelbagai inisiatif kepada dunia pendidikan. Pada 27 Ogos lalu, saya menyertai Google Earth: Educator Lesson Plan Jam di Google Malaysia. Menerusi bengkel tersebut kami didedahkan dengan pelbagai alat geo menarik untuk pendidikan. Antaranya Google Earth sendiri, Google Earth Engine, Google …

Pagi tadi berlangsungnya bengkel pengenalan 3D printing daripada imakerzone dan RICOH Malaysia di sekolah saya SMK Sultan Tajul Ariffin, Perak. Bengkel ringkas tajaan MDeC ini sekadar memberi pendedahan umum kepada pelajar mengenai inovasi dunia cetakan 3 dimensi dan kepentingannya dalam dunia masa kini. Cetakan 3D menjadi satu standard dalam industri sekian lama dan ia kini hadir dengan tawaran …