Sudah semestinya dengan setiap kali kemaskinian peranti, pembangun akan menawarkan pelbagai peningkatan prestasi terutamanya dari aspek kuasa pemprosesan, RAM dan sebagainya. Raspberry Pi 4 diumumkan hari ini setelah lebih tiga tahun Pi 3 hadir dalam pasaran. Menariknya kali ini Pi 4 memberi pilihan kepada penguna untuk mendapatkan prestasi RAM yang mereka inginkan. Tiga kapasiti RAM …

Menjadi fenomena kini yang mana ramai ibu bapa menyediakan peranti sendiri kepada anak-anak mereka untuk tujuan pembelajaran. Tablet menjadi pilihan kononnya ia lagi murah serta mudah dikendalikan. Terdapat sekolah-sekolah arus perdana yang telah memperkenalkan dasar yang membolehkan pelajar membawa peranti mereka sendiri ke sekolah. Sebagai contoh, TKC dan MRSM Taiping membenarkan pelajarnya membawa tablet jenis …

Arduino merupakan unit papan kawalan mikro (MCU) popular. Ia digunakan secara meluas dalam sektor pendidikan untuk pelajar memahami ilmu elektronik dan pengaturcaraan. Kekuatan Arduino sudah tentu pada persekitaran sumber terbukanya serta sumber rujukan yang banyak untuk pembelajaran. Di sekolah, Arduino diperkenalkan dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 2. Terdapat beberapa variasi Arduino ditawarkan. Antaranya Uno …

Percaya pada diri serta ikhlas menuntut ilmu baharu untuk memperkasa diri sebagai pendidik membuatkan perjalanan hidup saya penuh dengan kejutan. Itulah yang berlaku kepada penyertaan saya dalam program kali ini. 2017 KL Startup Weekend Edutech Edition dianjurkan satu organisasi keusahawan antarabangsa TechStars dengan kerjasama Petrosains, KakiDIY.com, Google dan MaGIC bertempat di Petrosains, KLCC. Program berlangsung selama 3 …

Kaedah terbaik untuk belajar rekacipta elektronik adalah dengan menyentuh sendiri setiap komponennya secara fizikal. Dalam subjek RBT, kit Arduino diperkenalkan kepada pelajar untuk memahami bagaimana litar kawalan mikro berfungsi. Namun, tidak semua orang mampu mendapatkan kit ini. Di sekolah-sekolah tertentu, atas faktor kos mungkin, kit ini disediakan dalam jumlah yang terhad yang mana pelajar hanya …

Tahun pertama sebagai guru saya diberi tugasan sebagai guru pembimbing kelab robotik bersama dua rakan. Di sekolah kedua, saya mengendalikan pasukan Briged Bestari yang juga banyak terlibat dengan peralatan serta teknologi digital. Terlibat dengan pembangunan bakat pelajar dalam pembelajaran bertemakan digital memerlukan guru sentiasa bersedia dengan perubahan pantas teknologi serta mempunyai sumber yang mencukupi sama …

Scratch merupakan satu alat pembelajaran untuk asas pengaturcaraan pelajar Tahun 6 (program Teknologi Maklumat & Komunikasi) dan Tingkatan 1 (subjek Asas Sains Komputer) di sekolah. Ia menawarkan kaedah pembelajaran konsep asas pengaturcaraan menerusi penggunaan blok-blok arahan. Kaedah ini sesuai untuk pelajar peringkat permulaan atau kanak-kanak berusia 8-14 tahun. Scratch hari ini mengumumkan hadir dengan kemaskini …

Scratch adalah bahasa pengaturcaraan visual untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dijalankan secara atas talian dan juga offline (dengan memuat turun aplikasi ke desktop). Pengguna boleh membangunkan projek  menggunakan antara muka berasaskan blok. Projek-projek ini boleh dikongsi menerusi komuniti secara atas talian. Perkhidmatan yang dibangunkan oleh MIT Media Lab ini telah diterjemahkan kepada lebih 70 bahasa. Sehingga kini, …

Saya menjalankan program ‘Hour of Code’ untuk pelajar sejak 2015 lagi. Sewaktu itu sekolah pertama saya, SMK Sultan Tajul Ariffin terpilih sebagai sekolah rintis program DigitalTech@School dibawah MDEC. Program tersebut kini dijenamakan sebagai My Digital Maker. Seingat saya dalam ujian literasi digital, sekolah saya – yang mana pelajarnya terdiri daripada pelajar luar bandar – mencatatkan kedudukan …

DevCon : Cikgu Edition merupakan salah satu inisiatif utama cikgusiber.com untuk membantu para guru Malaysia dalam usaha menyediakan mereka mendepani cabaran ‘industri 4.0’. Fokus akan diberikan kepada hal-hal berkaitan kemahiran asas pendidik dalam pelaksanaan subjek baharu seperti Asas Sains Komputer dan Sains Komputer di sekolah. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama erat komuniti sukarelawan digital DevCon. Kami dan …