Apa yang saya suka mengenai Apple adalah komitmen mereka yang bukan sahaja menyediakan OS dengan ekosistem terbaik, namun menawarkan juga app-app kreatif percuma untuk pengguna. Boleh dikatakan iMovie merupakan aplikasi peranti pintar kegemaran saya sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Ianya mudah digunakan untuk menghasilkan video-video yang berbentuk santai juga. Apabila ramai pendidik sudah mula menghasilkan …

Sudah semestinya dengan setiap kali kemaskinian peranti, pembangun akan menawarkan pelbagai peningkatan prestasi terutamanya dari aspek kuasa pemprosesan, RAM dan sebagainya. Raspberry Pi 4 diumumkan hari ini setelah lebih tiga tahun Pi 3 hadir dalam pasaran. Menariknya kali ini Pi 4 memberi pilihan kepada penguna untuk mendapatkan prestasi RAM yang mereka inginkan. Tiga kapasiti RAM …

Everyone Can Create merupakan satu kurikulum khas yang dibangunkan Apple untuk pembelajaran kreativiti. Untuk itu mereka menerbitkan  empat buku khas serta satu panduan guru di Apple Books. Hari ini Apple mengumumkan satu lagi panduan guru untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ianya dikhususkan untuk pelajar yang berumur dalam lingkungan 4 sehingga 8 tahun. Walaupun untuk guru, panduan …

Saya mengenali Cikgu Hailmi menerusi saluran Youtube apabila mengikuti siri vlog beliau berkongsi pengalaman menyertai program pertukaran guru di Korea lama dahulu. Seterusnya, saya berkesempatan bersua beliau di salah satu acara penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) di Pulau Pinang pada tahun 2015. Bagi saya, beliau seorang yang bijak …

Kaedah terbaik untuk belajar rekacipta elektronik adalah dengan menyentuh sendiri setiap komponennya secara fizikal. Dalam subjek RBT, kit Arduino diperkenalkan kepada pelajar untuk memahami bagaimana litar kawalan mikro berfungsi. Namun, tidak semua orang mampu mendapatkan kit ini. Di sekolah-sekolah tertentu, atas faktor kos mungkin, kit ini disediakan dalam jumlah yang terhad yang mana pelajar hanya …

Salah satu objektif program Pendidikan Multimedia Interaktif yang diikuti di USM 10 tahun lalu adalah untuk menyediakan kami mengajar subjek animasi di sekolah. Kami dimaklumkan akan bermulanya penawaran subjek animasi di sekolah-sekolah teknik/vokasional kelak. Oleh itu, kami didedahkan dengan beberapa kursus animasi 2D dan 3D. Walaupun tidak mengajar animasi, sepanjang bergelar pendidik, saya menemui ramai …

Pelajar Malaysia mempunyai kualiti tersendiri untuk diketengah ke peringkat antarabangsa dengan penyertaan pertandingan berimpak tinggi seperti Google Science Fair dan sebagainya. Xin Yong dari Methodist College Kuala Lumpur pada Google Science Fair edisi 2016 telah diumumkan sebagai salah seorang daripada 15 finalis dari seluruh dunia dengan mempetaruhkan satu projek dalam bidang biologi bertajuk Simple chemiresistor-based alkane sensor to …

iDBOS 18 merupakan program Pertandingan Inovasi Pendidikan dan digabungkan dengan Pameran Blue Ocean Strategy (BOS). Program ini akan mempertandingkan hasil inovasi pensyarah, siswa guru, guru sekolah dan pelajar dalam bentuk pertandingan pameran inovasi dan bicara tuntas inovasi. Sementara itu, Pameran BOS akan memberi peluang kepada institusi yang melaksanakan program BOS mempamerkan projek yang dihasilkan. Program …

Pada 2017 saya bersama pelajar telah diberi dana oleh myIPO untuk mempatenkan salah sebuah idea inovasi yang dibangunkan. Skim diberikan setelah projek kami terpilih sebagai antara prototaip terbaik yang berpotensi untuk didaftarkan dalam salah satu pertandingan inovasi pelajar peringkat antarabangsa. Untuk memperolehi paten, ianya memerlukan sedikit usaha untuk mengkaji prosedur serta menyediaan dokumen yang diperlukan. …