Kenyataan media yang diterbitkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengenai Perkhidmatan Talian Internet di Sekolah secara rasminya mengesahkan penamatkan Fasa 2 projek 1BestariNet. Mulai 1 Julai sehingga 31 Disember 2019, Internet akan dibekalkan oleh tiga ISP yang telah dilantik. Untuk pengetahuan anda, 1BestariNet merupakan satu projek penyediaan rangkaian Internet serta platform pembelajaran melibatkan lebih …

Frogasia (Frogasia Sdn. Bhd.) merupakan anak syarikat YTL yang diberi tanggungjawab untuk mengurus platform pembelajaran maya Frog VLE serta hal-hal berkaitan dengannya. Susulan Fasa 2 projek 1BestariNet yang bakal tamat pada 30 Jun ini serta berita penangguhan untuk fasa seterusnya, FrogAsia mengumumkan walaupun Frog VLE bukan platform rasmi KPM selepas 30 Jun, namun Frog VLE …

Akhir-akhir ini dunia pendidikan agak kecoh. Ini gara-gara surat yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) meminta para guru membuat sandaran data Frog VLE. Desas-desus muncul mengatakan kontrak projek 1BestariNet yang diberikan kepada YTL Communications tidak lagi disambung setelah fasa 2 berakhir pada 30 Jun 2019 nanti. Bagi yang baru mengenali 1BestariNet, ia merupakan satu projek …

Pengumuman KPM ini telah menimbulkan pelbagai polemik. Berdasarkan pemerhatian saya di Facebook, iaitu satu media sosial yang popular dalam kalangan guru, lebih banyak komen mengkritik dilontar berbanding ucapan tahniah. Di Terengganu, pada acara RUMAHKOD Edtech Day 2019 yang disertai, saya bersama pakar Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), Cikgu Herryan Shah (Mudah Mengajar) selama hampir 3 jam berbual …

Masih ingat lagi pada 2017, pelajar saya hadir dengan inovasi eKehadiran menggunakan Telegram Bots pada aplikasi permesejan popular Telegram. Dengan meletakkan Bot (kod automasi) yang dibina ke dalam kumpulan Telegram guru, para guru yang bertanggungjawab hanya mengemaskini kehadiran dengan butang khas dengan mudah. Untuk menghasilkan inovasi ini pelajar menggunakan kemahiran pengaturcaraan serta akses kepada pangkalan data …

2018 bakal melabuhkan tirai. Sepanjang tahun kita menyaksikan pelbagai warna-warni dalam arena teknologi pendidikan. Dalam era Pembelajaran Abad ke-21, teknologi ICT merupakan tulang belakang utama dan penting. Bayangkan penyiasatan pelajar tanpa Internet serta laporan pelajar tanpa bantuan peralatan komputer. Tanpa teknologi, apa bezanya pembelajaran pada 20th Century dengan 21th Century?. Tanya salah seorang mentor saya. …

Frog VLE Saya menjadi jurulatih teknologi bagi JPN untuk latihan Frog VLE pada 2012 hingga 2015 bersama beberapa lagi rakan. Masih ingat lagi diawal fasa latihan, kami mengambil masa sehingga 4 hari untuk melengkapkan modul latihan yang dibekalkan. Untuk makluman anda, Frog VLE disediakan sebagai sokongan platform pembelajaran dalam talian dalam pakej projek 1bestarinet KPM. …

Dr M selepas PRU ke-14, mengumumkan beliau akan berperanan sebagai Menteri Pendidikan (kemudian menariknya semula kerana bertentangan dengan manifesto). Beliau menyatakan minatnya untuk memegang portfolio tersebut kerana berpendapat pendidikan kita masih lagi terkebelakang dan akan hadir dengan idea-idea untuk pembaharuan pendidikan menerusi penggunaan teknologi terkini. Awani melaporkan pada semalam di Jakarta, beliau mengumumkan kerajaan akan …

Catatan kali ni mengenai isu yang agak kontroversi kerana melibatkan isu hak cipta serta hak asasi manusia dalam pendidikan. Tetiba rasanya nak ulas bab ni. Ok lah, mari berkenalan dengan Alexandra Elbakyan, atau dikenali juga sebagai ‘The Robinhood of Science’. Beliau mengasaskan Sci-Hub pada 2011 iaitu sebuah ‘perkhidmatan mencedok dan mencilok’ kertas kajian saintifik seluruh dunia …

Saya merupakan seorang graduan dalam bidang Multimedia Interaktif dari Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia, USM dan kini menyambung program sarjana dalam bidang Teknologi Pendidikan & Multimedia. Minat dan fokus saya sejak 10 tahun adalah mengenai inovasi dan teknologi dalam bidang pendidikan. Khidmat sebagai jurulatih utama VLE KPM serta jurulatih sambilan sejak 2012 telah banyak membuka …