Saya mengikuti perkembangan Microsoft Teams setelah Microsoft Classroom mula diperlihatkan kepada umum pada April 2017. Kemudiannya, tanpa memberi sebab-sebab tertentu Microsoft mengumumkan projek Classroom dibatalkan. Rupa-rupanya Microsoft sedang membangunkan satu produk baharu iaitu aplikasi untuk tujuan kolaborasi berkumpulan yang mana segala ciri-ciri pembelajaran yang ditunjukkan pada Microsoft Classroom sebelum ini digabungkan bersama. Bagi yang baru …

Google, Apple dan Microsoft merupakan 3 gergasi utama dunia digital yang menawarkan pelbagai inisiatif menarik untuk pendidikan. Micosoft minggu lalu mengumumkan Microsoft Whiteboard for Education yang dikenali juga sebagai Microsoft for EDU. Untuk pengetahuan anda, Microsoft Whiteboard merupakan satu aplikasi kanvas digital untuk pengguna berkongsi idea, kandungan dan berkolaborasi. Ianya direkabentuk untuk menyokong skrin sentuh …

Future Source melaporkan yang mana pada 2017, Windows masih lagi menguasai peranti yang diperolehi oleh institusi pendidikan pada peringkat global. Ianya berbeza dengan paparan data di Amerika Syarikat yang mana peranti Chromebooks menjadi pilihan utama. Kebanyakkan institusi pendidikan disana memilih peranti yang mampu milik, menyokong iklim pembelajaran dan mudah dikendalikan. Menyedari perkembangan yang berlaku di negara …

Minggu ini Microsoft menerusi inisiatif Microsoft Education mengumumkan hadir dengan beberapa tawaran menarik untuk para pendidik. Hasil kerjasama dengan BBC Learning mereka menawarkan koleksi rancangan pengajaran berasaskan ‘inquiry-based learning’ yang dihasilkan oleh para pendidik. Ianya bertemakan penerokaan lautan biru memanfaatkan filem dokumentari BBC Earth dan OCEANX bertajuk Oceans: Our Blue Planet.  Menerusi panduan pengajaran yang dirangka, pelajar dicabar …

Microsoft telah bersiap sedia dengan pelbagai penawaran menarik untuk memperkasa bidang pendidikan menerusi platform Microsoft Education. Dengan kesedaran bahawa para pendidik sememangnya sibuk, tawaran mereka dikatakan akan menjimatkan masa menerusi pengenalan inovasi-inovasi terkini. Microsoft mengumumkan 10 perkara yang akan memberi pengalaman baharu kepada para pendidik. Beberapa tawaran mungkin masih tidak boleh dinikmati di Malaysia buat masa …