Python merupakan antara bahasa pengaturcaraan popular dunia selain Java dan C. Jika C diibarat sebagai seorang lelaki dewasa berumur 45 tahun, Python pula diibaratkan pemuda yang berusia 26 tahun. Ianya diperkenalkan pada 20 Februari 1991 oleh Python Software Foundation dan direkabentuk oleh Guido van Rossom, seorang pengaturcara berketurunan Belanda bersama pasukannya. Ianya menjadi pilihan kerana …

Annotable merupakan perisian untuk melakukan annotation (tandaan, penerangan atau komen) pada imej dengan cara dan antaramuka yang mudah. Ianya membolehkan anda melakukan annotation dengan menambah petunjuk dalam bentuk garisan, anak panah, bentuk (oval, rectangle dan filled rectangle), memasukan teks, mengkaburkan imej (blur dan pixelation) dan juga memberi fokus menerusi fungsi sportlight dan zoom pada imej. Ia juga …

Hari ini Google telah memperkenalkan Google Expeditions setelah menguji versi percubaannya selama beberapa bulan kepada umum. Saya turut terpilih untuk menggunakan Google Expeditions Beta setelah mengisi borang permohonan kepada mereka Februari lalu. Google telah bekerjasama dengan pendidik dan pereka bahan pengajaran dan pembelajaran untuk mencipta lebih dari 100 lawatan yang menakjubkan, dengan tujuan memberi peluang kepada para …

Lebih 65,000 buah permainan dikeluarkan menerusi aplikasi GameSalad membuatkan ianya menjadi salah satu perisian aplikasi pembangun aplikasi permainan popular dunia. Ianya digunakan untuk membangunkan lebih 80 daripada 100 permainan popular di US. Menurut mereka lagi, lebih 750,000 pembangun menggunakan aplikasi ini di 189 buah negara. Kemahiran membangun permainan komputer sebenarnya memberi banyak manfaat kepada pelajar. Selain …

Saya mengakui amat lemah dalam ‘ilmu hisab’. Untuk menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan guru semasa zaman muda remaja amat ‘melemaskan’. Untuk masalah matematik yang sukar, yang mana rakan saya yang mahir pun gagal menyelesaikan, ianya amat menggangu ketenangan jiwa. Minat terhadap matematik berkurangan, kesannya, sewaktu SPM saya hanya menjawab hanya 1 soalan Matematik …

Pembelajaran berasaskan projek (Project-based learning) merupakan salah satu kaedah pembelajaran dalam dunia  pembelajaran abad ke 21. Ianya boleh diaplikasikan merentasi semua matapelajaran. Banyak sudah kajian menunjukan kaedah pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada perkembangan pelajar. Lazimnya, sekumpulan pelajar akan diberi tugasan dengan satu misi dan objektif tertentu. Pelajar akan diberi satu tempoh masa yang …

Telegram diperkenalkan pada era 30-an. Ianya merupakan satu perkhidmatan menghantar pesanan ringkas menerusi kertas menggunakan alat yang digelar Teleprinter. Ianya menjadi perantara terpenting ketika itu. Untuk menghantar sepucuk surat atau poskad ianya mengambil masa berminggu-minggu (dan kadang-kadang berbulan) untuk merentasi sempadan negara. Negara kita era pasca merdeka menyaksikan penggunaan pesat teknologi ini oleh perkhidmatan pos. …

Sebagai pendidik, aplikasi mobile Office Lens merupakan satu aplikasi yang boleh dipertimbangkan penggunaan untuk kegunaan di tempat kerja anda. Perisian ini membolehkan anda mengambil gambar dokumen fizikal dan aplikasi ini akan menukarkan kepada bentuk dokumen atau imej digital. Ia memudahkan anda mengambil sebarang nota penting dari paparan slaid persembahan atau sebarang papan kenyataan untuk dikongsikan. …

Sahabat saya, Cikgu Halimhusairy telah menggunakan aplikasi Teacherkit di peranti miliknya untuk menguruskan segala hal berkaitan kelas. Saya melihat Teacherkit merupakan satu aplikasi yang matang dan sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri yang membantu para guru. Melalui perkongsian Cikgu Halimhusairy tadi, berikut merupakan serba mengenai aplikasi ini. Pengurusan kelas Melalui aplikasi ini, anda boleh memasukkan data seberapa banyak kelas …