Kaedah terbaik untuk belajar rekacipta elektronik adalah dengan menyentuh sendiri setiap komponennya secara fizikal. Dalam subjek RBT, kit Arduino diperkenalkan kepada pelajar untuk memahami bagaimana litar kawalan mikro berfungsi. Namun, tidak semua orang mampu mendapatkan kit ini. Di sekolah-sekolah tertentu, atas faktor kos mungkin, kit ini disediakan dalam jumlah yang terhad yang mana pelajar hanya …

Scratch merupakan satu alat pembelajaran untuk asas pengaturcaraan pelajar Tahun 6 (program Teknologi Maklumat & Komunikasi) dan Tingkatan 1 (subjek Asas Sains Komputer) di sekolah. Ia menawarkan kaedah pembelajaran konsep asas pengaturcaraan menerusi penggunaan blok-blok arahan. Kaedah ini sesuai untuk pelajar peringkat permulaan atau kanak-kanak berusia 8-14 tahun. Scratch hari ini mengumumkan hadir dengan kemaskini …

Selama berdekad, matapelajaran Sains menjadi satu matapelajaran penting yang wajib dipelajari oleh setiap manusia. Ianya bukan bertujuan untuk melahirkan ramainya saintis. Sains diajar kerana ia sebahagian daripada kehidupan manusia. Dalam zaman peralihan atau disebut era revolusi perindustrian ke-empat, Sains Komputer merupakan satu lagi cabang Sains yang amat diperlukan. Belajar koding dan kemahiran berfikir secara komputasional …

Saya menjalankan program ‘Hour of Code’ untuk pelajar sejak 2015 lagi. Sewaktu itu sekolah pertama saya, SMK Sultan Tajul Ariffin terpilih sebagai sekolah rintis program DigitalTech@School dibawah MDEC. Program tersebut kini dijenamakan sebagai My Digital Maker. Seingat saya dalam ujian literasi digital, sekolah saya – yang mana pelajarnya terdiri daripada pelajar luar bandar – mencatatkan kedudukan …

Ketika artikel ini ditulis, di Las Vegas Convention Center sedang berlangsungnya Customer Electronics Show 2018 (CES 2018). CES 2018 merupakan satu program perhimpunan tahunan industri elektronik & teknologi digital antara terbesar dunia. Kebanyakkan syarikat gergasi teknologi akan membuat pengumuman mengenai teknologi terbaru mereka di sana. Ada juga yang mengambil kesempatan melancarkan produk serta inovasi terkini …

Hari ini berlangsungnya satu bengkel khas anjuran DevCon, iaitu satu komuniti pembangun perkhidmatan dan produk digital paling aktif di Malaysia, yang senantiasa menawarkan latihan percuma kepada komuniti. Saya yang turut sama terlibat sebagai sukarelawan DevCon, merancang program ini agar memenuhi maksud kandungan kurikulum itu sendiri disamping memahami keperluan dan kehendak para guru. Para fasilitator bengkel datang …

Dijemput untuk para guru Asas Sains Komputer (ASK) & Sains Komputer (SK) ke bengkel percuma pada 17 Disember 2017, Ahad di MaGIC, Cyberjaya. Bengkel sehari ni akan memberi fokus kepada kaedah terbaik cikgu untuk belajar pengaturcaraan dengan pantas serta teknik yang diberikan akan boleh juga diajar kepada pelajar kita nanti. 300 tempat disediakan dengan sokongan beberapa …

Apple menyediakan sokongan pembelajaran terbaik dan berterusan kepada sekolah-sekolah ini menerusi inisiatif Apple Education. MCKK terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang terlibat dalam projek rintis penggunaan Swift Playgrounds dalam subjek Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1. Sepertimana yang diketahui, ASK merupakan satu transformasi pendidikan nasional dikenali sebagai ‘MY Digital Maker’ bermula dengan pengenalan modul koding …

Python merupakan antara bahasa pengaturcaraan popular dunia selain Java dan C. Jika C diibarat sebagai seorang lelaki dewasa berumur 45 tahun, Python pula diibaratkan pemuda yang berusia 26 tahun. Ianya diperkenalkan pada 20 Februari 1991 oleh Python Software Foundation dan direkabentuk oleh Guido van Rossom, seorang pengaturcara berketurunan Belanda bersama pasukannya. Ianya menjadi pilihan kerana …

Malaysia Computing Challenge 2016 (MCC 2016) anjuran Malaysian Informatics and Programming Society (MIPS) merupakan salah satu cabaran terbuka peringkat kebangsaan yang melayakkan peserta ke peringkat seterusnya. Ia bermula dengan Malaysian Computing Olympiad (MCO), Asia Pacific Informatics Olympiad (APIO) sehinggalah cabaran kemuncak International Olympiad in Informatics (IOI) yang akan diadakan di Tehran, Iran pada 28 Julai – …