Raspberry Pi merupakan satu modul kawalan komputer yang popular untuk mencipta perkakasan peranti berhubung (IoT). Ianya berfungsi seperti sebuah komputer mini yang mana mempunyai keempat-empat elemen asas sesebuah komputer iaitu slot input, cip pemprosesas, slot output dan storan. Tujuan utama projek oleh Raspberry Pi Foundation ini adalah untuk mengajar pelajar mengenai asas Sains Komputer yang …

Lebih 65,000 buah permainan dikeluarkan menerusi aplikasi GameSalad membuatkan ianya menjadi salah satu perisian aplikasi pembangun aplikasi permainan popular dunia. Ianya digunakan untuk membangunkan lebih 80 daripada 100 permainan popular di US. Menurut mereka lagi, lebih 750,000 pembangun menggunakan aplikasi ini di 189 buah negara. Kemahiran membangun permainan komputer sebenarnya memberi banyak manfaat kepada pelajar. Selain …

Kodu daripada Microsoft merupakan satu aplikasi pembangunan permainan untuk kanak kanak dengan menyediakan ‘visual programming’ yang mudah. Ia mebolehkan anda membina permainan untuk platform PC dan Xbox. Kodu diperkenalkan pada 2009 untuk mengajar kreativiti, penyelesaian masalah dan tatapenceritaan melalui pengaturcaraan. Setiap orang kini mampu membina permainan walaupun tiada kemahiran asas rekabentuk dan pengaturcaraan. Untuk menggalakkan penggunaan di …

Raspberry Pi digunakan dalam bilik darjah untuk mengajar pengaturcaraan, inovasi dan rekacipta. Raspberry Pi merupakan papan induk komputer tunggal sebesar kad pengenalan yang berperanan sebagai sistem kawalan pemprosesan. Ianya terdiri daripada papan litar dilengkapi cip pemprosesan, port input, port output, ingatan rawak (RAM) dan juga sokongan slot untuk simpanan data. Tujuan utama pengenalan produk dari  Raspberry …

Minecraft merupakan satu permainan video yang popular dengan gaya ‘retro’ dan mempunyai misi permainan yang menarik. Ianya telah beralih tangan daripada pembangun Mojang kepada Microsoft Inc (menerusi Microsoft Studios) dengan nilai sebanyak USD2.5 bilion. Terkini, pihak Code.org telah berkerjasama dengan Microsoft untuk menggunakan watak dalam permainan Minecraft  ke dalam set pembelajaran pengaturcaraan mereka. Sebelum ini Code.org membawakan beberapa watak …

Scratch merupakan satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan. Ianya bakal menjadi popular selepas ini dengan pengenalan program Asas Sains Komputer pada 2017 di seluruh sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Scratch membolehkan pelajar membina cerita animasi serta  permainan mudah. Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti berhubung (IoT) seperti Raspberry …

“Setiap rakyat negara ini harus belajar bagaimana untuk memprogram komputer, kerana ianya mengajar kita bagaimana cara untuk berfikir”. – Steve Jobs Petikan diatas merupakan pesanan Steve Jobs kepada rakyat Amerika Syarikat sebelum beliau meninggalkan alam fana. Pembelajaran ilmu sains komputer kini menjadi suatu yang penting kerana dunia kini berkisar dengan domain literasi teknologi dan pengurusan …

Video ini diterbitkan pada 2013, dimana presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama menggalakan generasi muda Amerika untuk belajar Sains Komputer menerusi kempen Code.org. Menurut beliau, komputer akan menjadi sebahagian besar daripada masa hadapan. Perlukah Malaysia mengambil serius mengenai budaya pencipta serta skill-skill yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan? Kongsi pendapat anda.