Hi semua, duit bonus dah habis ka? Jika anda mempunyai duit lebih dan masih berkira-kira untuk membeli peranti PdPR untuk 2021, selain daripada senarai dalam catatan yang lepas, inilah cadangan saya untuk anda semua. Catatan ini agak panjang sedikit berbanding catatan-catatan Peranti Pilihan PdPR pilihan sebelum ini. Maklumlah tengah ada mood untuk menulis balik. Baca …

iPad mendominasi 32.5% pasaran tablet pada 2020. Reputasi iPad sebagai komputer tablet terbaik memang tidak dapat disangkal lagi. Dilancarkan kira-kira 10 tahun yang lalu, boleh dikatakan dari segi perisian dan aplikasi, ia telah pun matang. iPad menjalankan sistem pengoperasian iPadOS yang amat intuitif dan mudah digunakan. Ianya selari dengan pengalaman penggunaan iOS pada iPhone dengan …

Mungkin ini kali pertama anda mendengar mengenai Chromebook.  Mungkin, sebelum ini anda pernah menggunakan aplikasi Chrome di komputer anda untuk melayari laman web. Baik, ianya dari projek yang sama, iaitu The Chromium. Idea asal Chromebook adalah untuk menawarkan komputer riba jenis notebook berasaskan teknologi awan (cloud) sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Google. Pengguna juga …

Walaupun saya seorang Apple Distinguished Educator (ADE), jangan terkejut yang mana saya juga memiliki memiliki sebuah Microsoft Surface Go 2. Ianya dihadiahkan kepada saya dalam satu pertandingan. Selaku pengguna iPad dan iPad Pro sekian lama, bagaimana pandangan  saya dengan Microsoft Surface Go generasi kedua ini?. Baik, jujur saya katakan, jika anda telah terbiasa dengan iPad, …