Saya sering mengaplikasikan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dalam kebanyakkan projek kokurikulum pelajar yang saya kendalikan. Pertandingan bertemakan PBL lazimnya melibatkan tempoh masa penyertaan yang panjang, komitmen yang berterusan serta daya kepimpinan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Projek yang berskala besar menuntut sokongan padu daripada keseluruhan warga sekolah. Penyertaan aktif dari komuniti juga diperlukan untuk sama-sama …

Kepada para pendidik, sila war-warkan kepada pelajar anda untuk menyertai pertandingan video Malaysia Junior Science Odyssey anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Penyertaan adalah dari kalangan pelajar berumur 13 hingga 15 tahun di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertandingan ini dianjurkan sempena  7th ASEAN+3 Junior Science Odyssey (APT JSO-7) Hasilkan 3 minit video kreatif bagaimana sains, teknologi dan …

Pemikiran Komputasional (Computational Thinking) diajar kepada pelajar sekolah menengah mulai tingkatan 1 dalam subjek Asas Sains Komputer (ASK). Di Sekolah rendah pula ia juga diterapkan secara tidak langsung menerusi modul TMK. Pemikiran Komputasional adalah satu proses berfikir menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam ilmu sains komputer. Ia merupakan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan sebagai persediaan pelajar …

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menganjurkan pertandingan video pendek bagi mengumpul maklum balas daripada generasi muda negara mengenai aspirasi pendidikan pada masa hadapan ke arah pembangunan pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50). KEMASKINI: Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan kepada 31 Januari 2018. Tema pertandingan dan penerbitan video adalah “Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050”. Tujuan pertandingan ini juga …

Study Hub Asia Sdn. Bhd dan AICT College mengajak anda menyertai pertandingan #MYSEKOLAH, sebuah pertandingan produksi video pendek untuk para pelajar sekolah di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di http://www.mysekolah.org. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Julai 2017 13 Ogos 2017.

Program CyberSAFE in Schools telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada September 2010. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, teknologi & Inovasi melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM). Seterusnya sebagai salah satu usaha memupuk kesedaran dan membudayakan keselamatan siber dalam kalangan pelajar, bermula  2013, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama BahagianTeknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran …

Pemikiran Komputational (Computational Thinking) telah diperkenalkan secara rentas kokurikulum di sekolah rendah menerusi KSSR. Untuk KSSM yang bermula tahun ini, mata pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1 dan Sains Komputer Tingkatan 4 ditawarkan yang sudah pastinya Pemikiran Komputational  menjadi elemen utama. Kepada pelajar yang mahu menguji tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam elemen ini, Beaver Computational …

Tahun ini saya mula mempelkenalkan Kangaroo Math Competition (KMC) kepada para pelajar sebagai satu usaha mempromosikan STEM. Saya menjemput pasukan KMC untuk sesi road tour bagi tujuan ‘menghasut’ mereka. Hasilnya 38 pelajar menunjukkan minat dan seterusnya mendaftar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Rasional pertandingan ini diperkenalkan kepada mereka adalah untuk memberi peluang kepada pelajar …