Salah satu usaha cikgusiber.com adalah untuk membangunkan komuniti pendidik secara sistematik. Oleh itu kami memilih teknologi terbaik dalam pendidikan yang menawarkan sokongan yang lengkap dan terbaik kepada guru. Kami menubuhkan ATC iChampion MY sebagai salah satu model bagaimana komuniti ini dapat dibentuk untuk menyokong rakan-rakan guru yang lain. Sebelum ini ATC telah menganjurkan pelbagai bengkel …

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menerbitkan 17 Buku Sumber STEM dalam bentuk ebook sebagai modul contoh dan pencetus idea kepada guru dalam menyediakan aktiviti PdP STEM. Menurut BPK, bahan sumber yang dibangunkan pada 2017 ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan strategi …

Baru-baru ini saya dihubungi oleh bekas pelajar memaklumkan beliau akan memulakan pengajian dalam bidang fotografi di salah sebuah universiti awam. Saya mencabarnya dengan memberi pautan profail IG salah seorang ikon dalam bidang fotografi dan memberi tempoh 10 tahun untuk menjadi sehebat ikon tersebut. Beliau menerima cabaran tersebut dengan penuh bersemangat. Kelab Fotografi di Sekolah Lazimnya …

Yeayyy, cuti sekolah kembali lagi. Sudah tentu tempoh masa yang panjang ini membuatkan anda sebagai ibu bapa tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk anak anda. Berikut saya senaraikan 6 aktiviti pembelajaran bertemakan digital dan kreativity yang boleh dilakukan bersama anak anda. 1. Buat video percutian Sudah tentu ada ibu bapa yang merancang untuk melancong ke tempat-tempat …

15% aliran turun (downstream) trafik Internet global adalah datang dari aktiviti menonton kandungan video di Netflix. Mereka berkembang dengan pesat sebagai peneraju perkhidmatan pengstriman video utama. Saya yakin kebanyakkan pengguna Nexflix di Malaysia adalah terdiri dari kalangan remaja dan belia. Golongan ini menjadikan Nexflix sebagai pilihan untuk menonton rancangan TV bersiri. Fenomena yang dicetuskan oleh Netflix perlu …

TED merupakan saluran kegemaran saya untuk melihat ‘sesuatu yang baharu’ sebagai sumber inspirasi. Perkongsian menerusi rakaman video dalam acara khas TED Talks telah membuka mata banyak pihak dengan idea serta isu yang diketengahkan. TED pada Julai lepas mengumumkan satu lagi fungsi baharu untuk memberi pengalaman yang lebih baik melayari laman web TED. Kini, pengguna boleh menetapkan …

Khan Academy sentiasa memberi komitmen untuk menawarkan sumber pembelajaran percuma kepada sesiapa sahaja menerusi Internet. Sejak 2009, mereka sentiasa mencatatkan prestasi yang luarbiasa. Lihat sahaja statistik dibawah yang dipetik dari laporan tahunan 2017 mereka. Bulan ini, Khan Academy mengumumkan 2 perkara besar yang bakal memberi impak kepada jenama mereka. Pertama, pelancaran Khan Academy Kids. Ia merupakan …

Menjadi kebiasaan untuk saya mencuba iOS terkini versi percubaan pada peranti iPad. Versi beta akan ditawarkan terlebih dahulu kepada para pembangun ataupun siapa yang berminat untuk menguji sebelum versi stabil ditawarkan kepada umum. Saya agak terkejut apabila saya mencuba iOS 11.4 beta 3, salah satu aplikasi buku interaktif oleh Apple iaitu iBooks hanya diberi nama …

Pada awal 2017, saya pernah menulis mengenai aplikasi penerbitan kandungan Telegraph serta bereksperimen dengan menulis beberapa catatan menerusinya. Telegraph oleh Telegram – ideal bagi pendidik yang tiada kemahiran teknikal pembinaan web Saya merumuskan Telegraph sebagai satu aplikasi yang mudah dikendalikan sehinggakan pengguna yang tiada kemahiran teknikal web pun boleh menggunakan aplikasi ini. Konsep minimalis yang diperkenalkan …