Mula 2018 saya akan mula berkongsi mengenai aplikasi pintar (app) setiap minggu. Bermakna untuk setahun anda akan mengenali 52 app terbaik sepanjang 2018. Saya juga akan menganjurkan beberapa siri bengkel dengan tajuk ‘25 app produktiviti untuk pendidik‘. Sentiasa bersama cikgusiber.com untuk pelbagai tawaran bengkel secara percuma, khas untuk anda para pendidik. Catatan terakhir untuk 2017, …

Google Classroom memberi kelebihan kepada guru mengurus pembelajaran tanpa kertas lantas menjimatkan masa dan tenaga mereka. Google Classroom diumumkan pada Mei 2014 dan dilancarkan kepada umum pada 12 Ogos tahun yang sama. Ianya mengalami pelbagai kemaskini dari masa ke semasa untuk memberi kelebihan kepada guru mengurus pembelajaran tanpa kertas lantas menjimatkan masa dan tenaga mereka. …

Pautan berikut merupakan laporan ringkas mengenai program 2016 Leaps of Knowledge: Your World Reimagined yang berlangsung di JW Marriot, KL pada 28 Mei 2016. http://blog.frogasia.com/2016/06/your-word-reimagined.html Program ini merupakan satu program khas anjuran Frogasia mengfokuskan kepada para pelajar untuk memberi mereka insprasi agar lebih berjaya dalam kehidupan. Kali ini mereka membawakan 3 speaker hebat iaitu  d’Arcy Lunn …

Seiring dengan pelancaran beberapa produk baru seperti  iPhone SE bersaiz 4 inci yang diperkasakan serta iPad Pro bersaiz 9.7 inci, Apple melancarkan juga kemaskinian iOS kepada versi 9.3 serta beberapa aplikasi baru kepada pengguna. Dalam acara yang berlangsung di Town Hall, Cupertino semalam, Apple memperkenalkan Classroom, satu aplikasi untuk memudahkan pembelajaran mengunakan iPad. Aplikasi ini membantu guru dalam …

“Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakan generasi hari ini untuk dunia yang akan datang” – Dato Seri Muhyidin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia Program iThink adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia pada mulanya dilaksanakan di 10 sekolah pada 2012, …

Pembelajaran berasaskan projek (Project-based learning) merupakan salah satu kaedah pembelajaran dalam dunia  pembelajaran abad ke 21. Ianya boleh diaplikasikan merentasi semua matapelajaran. Banyak sudah kajian menunjukan kaedah pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada perkembangan pelajar. Lazimnya, sekumpulan pelajar akan diberi tugasan dengan satu misi dan objektif tertentu. Pelajar akan diberi satu tempoh masa yang …

Flipped Classroom merupakan satu pendekatan pembelajaran yang diperkenalkan dengan memberi pendedahan kepada pelajar terlebih dahulu (diluar kelas) sebelum sesuatu pembelajaran diajarkan. Ini bermakna pelajar akan melakukan aktiviti aras rendah dahulu (melalui bacaan dan sebagainya) sebelum fokus diberikan kepada pemikiran aras tinggi seperti analisis dan sistesis di dalam bilik darjah. Satu huraian padat dari Cynthia J. …