Masa depan sebenarnya telahpun bermula. Elon Musk merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena pembangunan teknologi yang bakal mencorakkan masa depan manusia. Kejayaan beliau membangunkan Tesla dan SpaceX menjadi satu kisah inspirasi buat semua. Terkini, ikuti temubualnya bersama TED. Beliau berkongsikan beberapa perancangan beliau yang sudah pastinya mengejutkan anda.

Sertai TEDx Youth @ Kuala Lumpur yang bakal diadakan di EX8, Kuala Lumpur. Tema What Now? dipilih sebagai satu menifestasi kepada suara orang muda untuk mendapat penjelasan mengenai keadaan sekarang dan kemungkinan masa hadapan. 11 ikon akan menaiki pentas untuk berkongsi pengalaman dan idea untuk para belia. Klik http://tedxyouthkl.com/ untuk maklumat lanjut.

Jom Belajar Koding (JBK) adalah sebuah program yang dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikelolakan oleh Biro Profesional Muda (BPM) selama dua hari untuk setiap sesi. Program ini menyasarkan 2,000 penyertaan anak muda di seluruh negara secara keseluruhan bertujuan bagi memberi pendedahan awal dalam penerokaan platform IT seterusnya menarik minat mereka meneraju ke arah …

Perhatian kepada para peserta Kangaroo Math Malaysia 2016, anda kini boleh meyemak keputusan ujian anda sekarang pada PAUTAN INI. Berikut pula merupakan senarai pemenang untuk Grand Prize bagi setiap kategori: PRE-ECOLIER SJK(C) KWANG CHIEN  STEPHANIE CHIENG HUEI WEN SK SAUJANA IMPIAN 2  NISA QYRA BINTI SUHAIMI ECOLIER ACADEMY TEAMMATHICS KHOO KAI YANG ACADEMY TEAMMATHICS EUGENE …

Hari ini Google telah memperkenalkan Google Expeditions setelah menguji versi percubaannya selama beberapa bulan kepada umum. Saya turut terpilih untuk menggunakan Google Expeditions Beta setelah mengisi borang permohonan kepada mereka Februari lalu. Google telah bekerjasama dengan pendidik dan pereka bahan pengajaran dan pembelajaran untuk mencipta lebih dari 100 lawatan yang menakjubkan, dengan tujuan memberi peluang kepada para …

Berita baik buat pelajar yang berminat untuk menyertai Kangaroo Math Competition (KMC) edisi Malaysia tahun 2016. Tarikh akhir pertandingan yang sepatutnya tamat pada 27hb kini ditangguhkan ke 7hb Mac untuk memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan. Kangaroo Math Competition (KMC) merupakan pertandingan matematik terbesar dunia disertai oleh lebih 6 juta pelajar dari 68 buah negara. …