TED-Ed merupakan saluran kegemaran saya untuk melihat apa perkara yang menakjubkan mengenai dunia sains. Terdapat begitu banyak saluran bertemakan sains di Youtube untuk anda terokai. Saya senaraikan 6 saluran yang mungkin dapat membantu anda menambah pengetahuan dengan cara yang santai dan menghiburkan. 1.  SciShow SciShow memberi fokus kepada berita penemuan terkini, sejarah serta konsep disebalik sains. Matlamat …

Misi peribadi saya apabila ditugaskan ditempat kerja baharu adalah untuk menghasilkan pelajar dengan video yang mampu muncul sebagai finalist bagi cabaran Breakthrough Junior Challenge . Walaupun saya amat yakin kepada potensi pelajar yang bakal dibimbing, namun atas bebanan tugas yang tinggi projek ni terpaksa ditangguh. Untuk makluman, Breakthrough Junior Challenge  merupakan satu cabaran menghasilkan video pendek …

TED-Ed merupakan tawaran khusus TED untuk dunia pendidikan. Sehingga artikel ini ditulis mereka menyatakan 265,396 set pembelajaran telahpun dibina dengan lebih 16 juta soalan telah dijawab. ? Misi TED-Ed adalah untuk membina bahan pengajaran menerusi perkongsian yang bernilai tinggi selaras dengan misi utama TED untuk menyebarluaskan idea-idea hebat dunia. ? ? ? TED-Ed menawarkan satu pustaka pembelajaran yang mana mereka …

Hari ini saya dijemput ke Majlis Pelancaran Projek Video STEM KPM di SMAP Kajang, Selangor. Laporan Harian Metro ini memaparkan mengenai peristiwa tersebut. Untuk makluman, projek ini telah bermula dengan projek Blended Learning Open Source Science or Mathemathics Studies (Blossoms) kerjasama antara KPM, UTM dan Massachusetts Institute of Technology (MIT). Projek ini seterusnya dikembang dengan …

Dengan pendapatan hampir ratusan ribu setiap bulan hasil sumbangan komuniti internet menerusi penyedia dana awam Petreon sejak 2015, SciShow komited menghasilkan bahan pembelajaran berkualiti bertemakan sains dengan cara mereka sendiri. SciShow memberi fokus kepada berita penemuan terkini, sejarah serta konsep disebalik sains melalui penerbitan kandungan video. Mereka  menawarkan 3 saluran pembelajaran sains di Youtube menerusi SciShow, SciShow Space, and …

Pada penghujung 2012, TED  mengumumkan video di laman web mereka mereka telah ditonton oleh 1 billion penduduk dunia. Apa itu TED?. Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini. TED bukanlah jenama baru, ianya wujud sejak 1984 lagi. Produk kelahiran Silicon Valley ini menawarkan perkongsian ilmu yang matang dari tokoh-tokoh terkemuka dunia dalam pelbagai bidang. TED merupakan …

Klip animasi memberi kesan yang mendalam kepada impak pembelajaran. Ianya dapat memaparkan imej serta pergerakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu maksud.  Ia juga menjadikan pembelajaran suatu yang menghiburkan dan diingati. Powtoon merupakan satu aplikasi persembahan bersasaskan web yang membenarkan anda membina animasi menerusinya. Powtoon merupakan cara baru membina persembahan slaid yang sebelum ini didominasi …

Seorang pemuda telah mencetuskan revolusi pendidikan dengan satu misi iaitu menawarkan pendidikan bertaraf dunia untuk semua di mana-mana sahaja, secara percuma. Beliau, Salman Khan, 38 tahun, merupakan seorang rakyat Amerika berketurunan India dan Bangladesh, mempunyai 3 ijazah dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam bidang matematik, kejuruteraan elektrik dan sains komputer, kemudiannya mengambil MBA di Harvard …

Anak saya yang berumur 2 tahun setengah sudah pandai mengendalikan laman youtube untuk melihat rancangan kesukaan beliau. Kadang-kadang risau juga beliau mungkin tersesat ke saluran yang kurang bersesuaian. Desas desus mengatakan Google akan mengeluarkan aplikasi mobil untuk kanak-kanak bermula minggu lepas lagi. Setelah 3 hari dilancarkan, carian saya mendapati Google Play sudah menawarkan di Malaysia manakala App Store masih …