Chromecast generasi ketiga diumum dengan prestasi lebih baik

Saya berkenalan dengan Chromecast sejak 2015 menerusi projek bilik darjah digital bersama rakan di sekolah pertama.

Dalam setiap kelas, kami memasang televisyen dilengkapi dengan dongle ini untuk membantu guru memaparkan kandungan untuk pembelajaran.

Chromecast keluaran Google merupakan satu peranti untuk casting iaitu satu kaedah menyiarkan kandungan secara tanpa wayar. Ianya untuk penggunaan bersama set televisyen di ruang tamu.

Penggunaan di kelas pula, Chromecast boleh dipautkan ke paparan projektor atau televisyen bersaiz besar.

Guru boleh menggunakan peranti pintar mereka seperti telefon pintar / chromebook untuk memaparkan kandungan seperti video, slaid dan sebagainya tanpa sebarang sambungan fizikal.

App pada telefon pintar akan bertindak sebagai ‘remote’ untuk mengawal paparan di Chromecast. Guru bebas bergerak sekitar kelas. Selain itu, Chromecast juga membenarkan fungsi mirroring bagi peranti tertentu.

Kaedah ini juga membolehkan guru melakukan persediaan secara ‘on-the-go’ menerusi peranti mereka secara mudah.

Di MCKK, saya menghadiahkan sebuah Chromecast kepada seorang rakan guru dan beliau menyatakan bertapa bergunanya alat ini di dalam kelas Bahasa Jepun beliau.

Chromecast Generasi Ketiga

Google dalam satu acara khas melancarkan barisan produk-produk baharu untuk 2018 seperti Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel Slate, Google Hub dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, Chromecast tidak diumumkan diatas pentas utama. Ianya muncul sebagai pelengkap kepada barisan produk baharu di ruangan pameran.

Pelbagai penambahbaikan ditawarkan. Antaranya seperti prestasi 15% lebih pantas dari generasi sebelumnya, membenarkan pengstriman video pada format 1080p pada 60fps serta sokongan Google Assistant yang lebih baik.

Rekabentuk masih mengekalkan konsep generasi ke-2. Penggunaan warna putih mengingatkan saya pada gula-gula Mentos.

Namun, Chromecast baharu ini tidak menyokong paparan 4K yang mana untuk 4K anda boleh mendapatkan peranti dari Amazon atau Roku pada harga yang lebih kurang sama.

Untuk mendapatkan versi sokongan 4K anda boleh mendapatkan Chromecast Ultra dari generasi sebelumnya dengan harga yang sedikit tinggi.

Adakah Chromecast baharu ini menarik perhatian anda? Tinggalkan pendapat anda pada ruangan komen di bawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.