Cikgu Hailmi berkongsi cara mendaftar hak cipta dan inovasi dengan MyIPO

Saya mengenali Cikgu Hailmi menerusi saluran Youtube apabila mengikuti siri vlog beliau berkongsi pengalaman menyertai program pertukaran guru di Korea lama dahulu.

Seterusnya, saya berkesempatan bersua beliau di salah satu acara penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) di Pulau Pinang pada tahun 2015.

Bagi saya, beliau seorang yang bijak menggunakan peluang yang wujud dalam arena pendidikan serta sanggup memberi komitmen masa dan tenaga untuk hal-hal advokasi.

Bagaimanana cara mendaftar hak cipta?

Berbalik kepada tajuk, Cikgu Hailmi baru-baru ini berkongsi satu tips yang saya sifatkan sebagai satu perkongsian yang amat berguna untuk guru-guru atau pelajar yang mahu melindungi harta intelek mereka.

Ianya mengingatkan saya mengenai pengalaman pertama kali melakukan pendaftaran paten bersama MyIPO bersama pelajar-pelajar saya pada 2017. Inshaallah saya akan kongsikan dalam catatan akan datang.

Menerusi bacaan saya di blog Cikgu Hailmi, beliau dilihat memohon untuk mendaftar hak cipta bagi satu inovasi yang dihasilkan. Ianya memerlukan pemohon untuk mengisi borang serta membuat akuan bersumpah di mahkamah.

Sepertimana yang kita tahu, MyIPO menyediakan perlindungan pelbagai bentuk harta intelek seperti tanda dagang (trademark), hak cipta (copyright), paten (patent) dan reka bentuk perindustrian (industrial design).

Di laman laman rasmi MyIPO, mereka menyenaraikan dua lagi bentuk kategori yang boleh didaftarkan iaitu petunjuk geografi (geographical indication) dan reka bentuk litar (IC layout design). Panduan lengkap disediakan disana.

Proses mendaftar harta intelek sebenarnya memerlukan anda membayar kos tertentu. Tetapi jangan risau kerana pihak MyIPO ada menyediakan dana khas kepada belia, pelajar dan komuniti. Anda ada 8 hari lagi sebelum tarikh tutup.

Bagi guru yang masih tercari-cari cara untuk mendaftarkan harta intelek, mari kita lihat perkongsian pengalaman Cikgu Hailmi ini di blog beliau.

Sumber gambar: Vecteezy (free) dan Cikgu Hailmi Fb

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.