Lihat peninggalan guru ini yang memberi manfaat kepada jutaan warga pendidikan

Pada 7 Februari saya ada bertanyakan rakan-rakan komuniti blogger pendidikan mengenai pendidik yang mereka kenali aktif menjalankan saluran Youtube untuk perkongsian bahan pendidikan.

Ini kerana saya dalam proses menulis catatan perkongsian mengenai ‘12 Guru Youtuber Popular Malaysia’. Cikgu Hayati Aini merupakan salah satu yang dicadangkan rakan.

Di kumpulan Telegram ‘Digital Classroom’, seorang rakan memaklumkan satu berita mengejutkan mengenai pemergian guru ini akibat komplikasi kanser yang dihidapinya.

Beliau menghasilkan hampir 400 video menerusi saluran Youtube yang dikenali sebagai ‘hayatimathswizz Hayati Aini’ dengan lebih 6,000 subscribers. Video paling popular beliau (dibawah) mencatatkan lebih 40,000 tontonan.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga beliau. Semoga tinggalan beliau ini menjadi amal jariah berterusan yang sentiasa diberi rahmat. Mari kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada beliau.. Al-Fatihah.

5 langkah memulakan saluran Youtube untuk pendidikan

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.