Mengenai Cikgu Siber

Cikgu Siber cikgusiber.com diasaskan oleh Cikgu Razif dari MCKK sebagai salah satu sumbangan kesukarelawan beliau kepada komuniti pendidikan sejak 2015.

Selain gemar berkongsi kemahiran teknologi digital terkini dalam pendidikan, beliau juga seorang yang gemarkan cabaran-cabaran baharu dalam kehidupan.

Antaranya, beliau terlibat dalam kegiatan sukarela Pertahanan Awam, belajar seni pertahanan diri, berlibur di hutan belantara bersama rakan guru serta menerokai dunia teknologi terkini IR4.0.

Beliau pada permulaan kerjaya berkhidmat sebagai pendidik di SMK Sultan Tajul Ariffin mulai 2010 seterusnya ditempatkan di MCKK pula pada 2016 sebagai Guru Penyelaras Bestari serta mengajar subjek Asas Sains Komputer serta Rekabentuk dan Industri.

Beliau seorang yang sentiasa yakin dan percaya kepada keupayaan guru untuk membimbing dan menginspirasi pelajar agar potensi mereka dapat diserlah pada peringkat yang lebih tinggi. Boleh baca artikel di bawah untuk mengenali beliau.

Antara pencapaian yang bermakna dalam hidup beliau adalah apabila memenangi tempat pertama dalam 2017 KL Edutech Startup Weekend serta mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai  Distinguished Educator (Apple Distinguished Educators) daripada Apple pada 2019.

Ikuti Cikgu Razif di Twitter | IGFacebook