Google menawarkan ciri premium Hangouts Meet percuma untuk kemudahan bekerja dan belajar di rumah kesan penularan COVID-19

Covid-19 memungkinkan para majikan untuk membenarkan pekerja untuk berkerja di rumah. Acara-acara tahunan penting organisasi juga banyak yang terpaksa dibatalkan.

Jika di negara-negara yang mengalami kes yang serius, sekolah dan institusi pendidikan ditutup untuk membendung penularan wabak ini. Perkara ini amat menggusarkan.

Menyedari halangan yang wujud, penggunaan teknologi aplikasi persidangan video (video conference) merupakan penyelesaian terbaik untuk manusia kekal produktif.

Google hari ini menawarkan ciri premium Hangouts Meet percuma untuk kemudahan bekerja dan belajar di rumah dalam tempoh yang terhad iaitu sehingga 1 Julai 2020.

Hangouts Meet sebenarnya sedia diakses oleh semua pemilik akaun Google G-Suite. Namun, ciri-ciri tambahan hanya diberikan kepada pelanggan khas G-Suite Enterprise dan G-Suite Enterprise Education.

Mulakan kelas anda
Aplikasi yang mudah digunakan
Para guru dapat menyampaikan kandungan pembelajaran dengan ciri rakaman skrin pada skrin komputer.

Kemudahan ini membolehkan semua pengguna membuat panggilan video sehingga 250 peserta  setiap sesi pertemuan, menjalankan live streaming sehingga 100 ribu penonton serta kebolehan merekod terus video panggilan ke dalam Google Drive.

Jumlah yang besar ini juga membolehkan acara-acara tertentu yang sepatutnya melibatkan kehadiran ramai peserta dapat dilaksanakan secara atas talian.

Pihak pengurusan juga boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk bermesyuarat secara maya. Kelas-kelas yang dibatalkan kesan daripada penutupan sekolah dapat dilaksanakan supaya pembelajaran kekal berlaku.

Gandingan aplikasi ini dengan aplikasi Google Classroom dapat memberi satu solusi terbaik pembelajaran secara digital jika bencana ini semakin meruncing di negara kita.

Untuk menikmati ciri-ciri baharu ini, admin organisasi anda (Penyelaras ICT) perlu untuk mengaktifkan perkhidmatan ini pada Google Admin Console. Seterusnya anda dapat menggunakan perkhidmatan dengan ciri-ciri tambahan ini di https://meet.google.com.

Admin perlu mengaktifkan beberapa tetapan. Contoh yang saya lakukan pada dashboard Google Admin MCKK.

Ikuti Telegram Cikgu Siber untuk paparan kemaskini teknologi pendidikan setiap hari.

Sumber: G-Suite Updates

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.