Pengalaman demo Coding Challenge & Swift Playgrounds di TKC

Swift Playgrounds menyokong pelbagai kit robotik seperti LEGO V3 serta kawalan permainan berpenderia seperti Sphero, Meebot, Dash dan Parrot.

Dengan itu, pelajar akan dapat memanipulasi kod didalam Swift Playgroundsuntuk membina arahan untuk kawalan pergerakkan dan manipulasi penderia.

Dengan kemahiran memanipulasi kod untuk cabaran menggerakkan robot serta kawalan penderia, pelajar akan dapat berfikir secara kreatif dan kolektif untuk menyelesaikan masalah.

Demo amalan terbaik penggunaan teknologi

Kebetulan cuti semester, semalam saya membantu pelajar-pelajar MCKK untuk melakukan demo di TKC dalam satu acara melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ojektif adalah untuk memaparkan kaedah pembelajaran terbaik berasaskan teknologi.

Sepatutnya, pelajar-pelajar ini akan melakukan demo dihadapan Menteri Pendidikan. Atas sebab-sebab tertentu beliau tidak dapat hadir dan diganti dengan tuan KSU KPM.

Program ini disertai juga oleh sekolah-sekolah SGE yang sedang menjalankan program ADS Recognition Programme.  Berikut merupakan sedutan program.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.