Terokai anatomi tubuh badan manusia dengan aplikasi Complete Anatomy

Tentunya di makmal Sains sekolah anda masih wujud tulang rangka (skeleton) dan model modular organ badan.

Ianya digunakan untuk mengajar anatomi manusia terutamanya dalam subjek Sains dan Biologi.

Bergerak dalam dunia abad ke-21, para pendidik mengunakan pelbagai media untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada pelajar.

Complete Anatomy daripada 3D4medical berada di tangga pertama kategori ‘Medical’ untuk peranti iPad di App Store.

Ianya meyediakan paparan 3 dimensi tubuh badan manusia serta penerangan yang lengkap. Versi terbaharu Complete Anatomy 2018 menyokong fungsi augmented reality (AR).

Aplikasi ini didedikasi untuk golongan pelajar, guru dan juga pengamal kesihatan. Bagi saya Complete Anatomy sebenarnya tidak ‘complete’ selagi anda tidak mendapatkan versi penuh.

Untuk naiktaraf secara ‘in-app purchase’ di App Store (iOS) anda perlu membayar RM89.90 untuk menerokai 12 sistem anatomi manusia.

Jika anda rasakan jumlah ini terlalu mahal anda juga boleh memuat turun hanya beberapa bahagian sistem sahaja.

Pihak pembangun 3D4medical juga sedang membangunkan teknologi baharu berasaskan ‘mixed reality‘ yang masih diuji di dalam makmal mereka. Video dibawah menerangkan tentang projek tersebut.

Complete Anatomy 2018 ditawarkan untuk platform Windows, macOS dan juga iOS. Untuk Android mereka juga menawarkan aplikasi yang hampir serupa iaitu Essential Anatomy 3.

Berbanding Essential Anatomy 3, Complete Anatomy 2018 dilihat lebih jauh kehadapan dengan pelbagai elemen yang lebih canggih.

Untuk menguji Complete Anatomy 2018, ada diberi tempoh percubaan selama 3 hari untuk mengakses kesemua kandungan. Untuk itu, anda perlu melakukan pendaftaran akaun terlebih dahulu.

Saya telah menguji Complete Anatomy 2018 serta fungsi terbaru AR. Saya berpendapat ia merupakan satu aplikasi yang berbaloi dengan tawaran harga yang dinyatakan.

Ianya wajib dimiliki jika anda seorang guru Biologi yang mahu memanfaatkan sepenuhnya teknologi ini di dalam kelas anda.

Dengan penggunaan teknologi sebegini, ianya akan dapat meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains Hayat seterusnya hasrat kerajaan untuk melahirkan 1 doktor bagi 400 orang pesakit dapat tercapai.

Laman web 3D4medical
Complete Anatomy 2018 (iOS/iPad)
Complete Anatomy 2018 (iOS/iPhone)
Complete Anatomy 2018 (macOS)
Complete Anatomy 2018 (Windows)

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.