Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan G Suite for Education dari Google?

Dengan akaun Google personal, anda masih lagi boleh menikmati pelbagai aplikasi menarik Google seperti Google Form, Google Classroom dan sebagainya.

Namun begitu, mengapa anda masih memerlukan pakej G Suite for Education daripada Google? Ini antara sebabnya:

1. Dapat storan awan G Drive tanpa had berbanding 15GB untuk akaun personal.

2. Akaun yang lebih personal seperti namaanda@organisasianda.edu.my.

3. Kawalan pengguna hanya oleh pentadbir sistem di organisasi anda.

4. Sokongan daripada Google menerusi program Google for Education.

5. Menikmati pelbagai aplikasi baharu lain hanya untuk pengguna G Suite.

G Suite sebenarnya memberi fokus kepada perkidmatan untuk perniagaan dan perusahaan. Namun, untuk pendidikan, ianya ditawarkan secara percuma.

Lihat versi bagi G Suite:

G Suite for Education sendiri mempunyai dua perkhidmatan. Pertama G Suite for Education (percuma sepenuhnya) dan kedua G Suite Enterprise for Education (berbayar).

G Suite Enterprise for Education membawakan beberapa ciri tambahan menarik seperti fungsi tambahan Google Meet serta ciri carian pintar Google Cloud Search.

Untuk menggunakan perkhidmatan G Suite for Education, organisasi anda hendaklah mendaftar dengan pihak Google terlebih dahulu.

Pastikan organisasi anda mempunyai domain organisasi yang mengesahkan anda merupakan organasi pendidikan. Pendaftaran hendaklah dilakukan oleh pentadbir ICT atau di sekolah Guru Penyelaras Bestari / ICT.

Namun, terdapat satu kelemahan jika anda menggunakan Google Classroom dengan pakej G Suite for Education.

Anda boleh membina kelas dan menjemput pelajar dari akaun personal ataupun G Suite, namun ada tidak dapat menyertai kelas lain kecuali dari domain yang sama ataupun dalam pakej G Suite.

Jika organisasi anda tiada langganan domain untuk pendaftaran, anda boleh menggunakan akaun yang dibekalkan oleh KPM menerusi projek 1bestarinet untuk menggunakan perkhidmatan G Suite

Namun, pihak pentadbir (Yes) telah mematikan fungsi Google Classroom bagi perkhidmatan ini untuk memastikan pengguna menggunakan perkhidmatan LMS yang disediakan mereka menerusi Frog VLE.

Storan tanpa had untuk pengguna akaun 1bestarinet

Mengenai G Suite for Education

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.