Cabaran 2018 Google Science Fair bermula

Google Science Fair merupakan satu pertandingan bertemakan Sains dalam talian.

Ianya terbuka kepada pelajar seluruh dunia melibatkan peserta berumur 13 hingga 18 tahun.

Cabaran ini diajurkan secara tahunan bermula pada 2011. Namun, pada 2017 tiada sebarang pertandingan diumumkan.

Google hari ini mengumumkan cabaran bagi 2018 telahpun bermula.

Mereka menawarkan hadiah yang amat lumayan iaitu tajaan biasiswa bernilai USD50,000 bagi hadiah utama.

Selain anugerah-anugerah khas lain yang agak lumayan, 20 finalis dari seluruh dunia akan dibawa melawat ke ibu pejabat Google di California. Terdapat juga anugerah ditawarkan kepada para guru pembimbing.

Bagi anda yang berminat untuk memulakan projek bagi cabaran ini,  pihak penganjur menyediakan kit persediaan khusus bagi tugas pementoran.

Tarikh tutup adalah pada 12 Disember 2018. Pengumuman finalis akan dilakukan pada Mei 2019.

Sertai Google Science Fair 2018

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.