Portal KPM menyiarkan slaid penerangan Dasar Pendidikan 2018

Untuk memastikan dasar pendidikan di Malaysia kekal relevan memdepani cabaran abad ke-21, KPM menjalankan kajian semula pada Oktober 2011.

Seterusnya, pada 30 Januari 2013 ianya dibentang serta diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia di Parlimen.

Pada tahun yang sama, YAB Perdana Menteri membentangkan laporan akhir lantas melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Hari ini portal web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia menyiarkan satu slaid penerangan mengenai dasar pendidikan.

Slaid dengan 187 halaman ini memaparkan maklumat yang lengkap mengenai dasar semasa serta halatuju pendidikan dengan penggunaan grafik yang jelas dan menarik.

Berdasarkan tarikh pada slaid iaitu pada 11 Februari 2018,  kemungkinan slaid ini digunakan pada satu acara khas pendidikan di Dewan Harmoni di SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang.

Lihat Slaid

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.