Earth Day – Lihat imej menarik rupa bumi menerusi lensa satelit

Hari Bumi atau Earth Day tahun ini disambut pada hari ini iaitu pada 22 April 2019. Pelbagai aktiviti serta kempen dijalankan oleh pelbagai pihak atau agensi sepanjang April dengan misi menjadikan bumi lebih lestari.

Menerusi Twitter, Google for Education bertanyakan Google Earth mengenai apa yang perlu guru dan pelajar terokai sempena Hari Bumi. Google Earth memberi cadangan untuk menerokai imej-imej menarik dunia menerusi aplikasi Earth View.

Untuk makluman anda, Earth View merupakan aplikasi web mengkurasi imej-imej menarik bumi daripada paparan Google Earth. Ianya memaparkan imej secara rawak dengan menandakan dimana lokasi tersebut diambil.

Dalam aktiviti kelas, anda mungkin boleh meminta pelajar mengkaji dengan menganalisis rupa bentuk bumi tersebut berdasarkan pengetahuan mereka dalam bidang Sains Sosial dan Geografi.

Terokai Earth View

Sertai saluran Telegram rasmi cikgusiber.com

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.