Anda blogger pendidikan? Atau baru ingin menulis blog? Sertai eduBLOG Meetup #1

Platform blog sebenarnya masih lagi relevan sebagai wadah penyebaran ilmu. Ianya begitu berkuasa dalam dunia pendidikan abad ke-21. 🌏

Jika anda salah seorang blogger pendidikan, atau baru ingin memulakan blog, ayuh sertai eduBLOG Meetup #1 yang akan berlangsung pada 19 & 20 Mac 2018 (Isnin & Selasa) di MaGIC Cyberjaya, Selangor. 

Teknologi terkini web dan blog

Hari pertama, sesi keynote dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk ‘User Interface & User Experience’ oleh Abdussalaam Syaahid atau dikenali sebagai Syah. Syah kini berkhidmat sebagai Chief Technology Officer (CTO) bagi web media The Vocket. Beliau juga salah seorang yang terlibat dalam pembangunan web Amanz.my dan juga web sensasi Rotikaya.com.

Nota (Dikemaskini pada 14 Mac 2018): Atas sebab yang tak dapat dielakkan Shah@theVocket tidak dapat bersama. Ishaallah beliau akan bersama pada meetup #2. Kami gantikan Shah@theVocket dengan speaker yang setanding untuk sesi ini. 

Sesi keynote kedua, kami bawakan satu tajuk yang semestinya penting untuk anda. SifuAdwords.my akan mehidangkan anda dengan beberapa teknik untuk memastikan blog anda mudah ditemui dan popular di Google Search. Teknik ini mengabungan beberapa teknik menggunakan teknologi pemasaran digital terkini.

Sesi Perkongsian Teknikal & Forum

Seterusnya sesi petang diteruskan dengan sesi perkongsian teknikal dengan tajuk ‘Mobile Blogging’ oleh Cikgu Razif. Beliau akan berkongsikan teknik terkini untuk memudahkan anda menulis blog dengan pantas serta automasi kandungan di media sosial.

Seterusnya, Cikgu IK akan membawakan beberapa tips untuk anda memperolehi pendapatan tambahan menerusi aktiviti blog. Pengalaman luas Cikgu IK dalam bidang pemasaran digital sudah pastinya akan memberi manfaat yang besar kepada anda.

Tukar Platform

Cikgu Hazrat pula akan membawakan tajuk ‘Cloud Hosting & CMS Migration’. Cikgu Hazrat akan bersama para peserta sepanjang 2 hari untuk membimbing anda yang mahu memiliki domain namaanda.com sendiri.

Teknik pantas ini amat sesuai juga jika anda ingin bertukar platform CMS. Contohnya dari Blogger ke WordPress dengan memindahkan segala data catatan (post) lama anda.

Seterusnya kami bawakan satu sesi forum bertajuk Akta, Hakcipta & Etika dalam Penulisan. Tajuk ini begitu penting untuk difahami untuk menyediakan anda menjadi seorang blogger pendidikan profesional.

Blog Jam 

Hari kedua bermulanya Blog Jam. Semua perserta akan menaiktaraf antaramuka serta hal-hal teknikal blog masing-masing selama 6 jam. Para peserta akan bantu membantu antara satu sama lain. Bimbingan fasilitator juga disediakan kepada anda.

Bagi pendidik yang mahu memulakan blog anda , kami akan membantu anda.

Motivasi & Strategi penulisan untuk para pendidik

Sebagai penutup kami bawakan Zamri Muhamad, penulis buku terkenal ‘Tulis Jangan Takut-takut’. Beliau akan membincangkan strategi untuk para guru menulis atau berkongsi menerusi blog dalam ruang masa guru yang sibuk dengan tugas hakiki di sekolah.

Pelancaran MY Edublog

Akhir sekali dilancarkan logo MY Edublog serta satu laman khas direktori menghubungkan semua blog pendidikan di Malaysia. Semua blog peserta akan dipaparkan di laman web khas ini sebagai satu hub ilmu terpenting Malaysia.

Ianya juga akan menjadi satu lambang perpaduan para blogger pendidikan Malaysia dan juga sebagai motivasi untuk pertemuan yang seterusnya.

3 golongan yang harus menyertai program ini

1. Blogger pendidikan yang ingin membina jaringan dengan rakan-rakan blogger yang lain. Kami mejangkakan 30-50 penyertaan kali ini.

2. Pendidik yang pernah cuba berblog, hilang semangat dan ingin aktif berblog kembali. program ini akan mengembalikan semula motivasi anda dengan strategi yang betul.

3. Pendidik yang mahu mula menulis dan berkongsi. Kami akan membimbing anda sepanjang program.

Bagaimana ke sana?

Lokasi My Edublog Meetup #1 2018 adalah di MaGIC, Cyberjaya : https://goo.gl/maps/EeiQpgvqTBB2

Dari KL Sentral
KL Sentral > ERL Transit (RM15) > Stesen Transit Putrajaya > Uber (RM8) > MaGIC

Dari TBS
ERL TBS > ERL Transit (RM8) > Stesen Transit Putrajaya > Uber (RM8) > MaGIC

Daftar segera – Tempat adalah terhad!

Kutipan yuran adalah untuk kami untuk menampung kos pengiklanan, tempahan t-shirt, makan, bayaran token penceramah, logistik urusetia, prasarana program dan sebagainya.

Diskaun akan diberikan kepada peserta yang melakukan pendaftaran awal. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 10 Mac 2018. Ayuh, bina jaringan dan jalinan antara para blogger pendidikan Malaysia.

Kemaskini: Guna kod EDU152 untuk yuran RM152 sehingga 17 Mac 2018

Jangan lepaskan peluang anda. Daftar segera di http://myedublog.info

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-4863010 (Cikgu Razif).

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.