Panduan kurikulum Apple Everyone Can Create sedia dimuat turun

Semalam, Tim Cook menerusi ciapan terkini di Twitter mengumumkan yang mana panduan penuh kurikulum pembelajaran Everyone Can Create sedia dimuat turun.

Untuk pengetahuan anda, Everyone Can Create diperkenalkan semasa Apple Special Education Event di Chicago pada Mac sejurus pelancaran iPad generasi baharu yang menyokong Apple Pencil.

Everyone Can Create merupakan inisiatif terbesar dan terpenting Apple selain dari Everyone Can Code. Empat buah panduan kurikulum dan satu panduan guru sedia dimuat turun di Apple Books (dahulunya dikenali sebagai iBooks).

Ianya memberi fokus kepada bidang fotografi, video, muzik dan lakaran. Nantikan ulasan penuh mengenai kurikulum kreatif ini nanti.

https://www.apple.com/my/education/everyone-can-create

Setelah 5 bulan dok tunggu sejak pengumuman pd mac 2018, akhirnya Apple pd 1 oktober menerbitkan panduan…

Posted by Mohd Razif Abdul Razak on Khamis, 4 Oktober 2018

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.