Sertai Google Expeditions AR Pioneer Program – Bawa pengalaman menakjubkan ke dalam bilik darjah

Pernahkah ketika anda duduk bersendirian, muncul memori indah terkenangkan zaman persekolahan dahulu. 🤔😌😄

Mungkin anda mengingati makanan kegemaran anda di kantin, pengalaman dirotan guru disiplin, gelak gurau sahabat lama atau jelingan sosok gadis yang anda minati? 😍

Di bangku sekolah, saya paling mengingati banyak babak-babak sewaktu pembelajaran berlangsung terutamanya dalam subjek Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu dan Biologi.

Pembawakan unik dengan kaedah pembelajaran menarik guru-guru tersebut telah memberi ‘bekas’ kepada bahagian temporal lobe otak saya. 😎

Saya boleh mengingati dengan terperinci setiap babak-babak yang menarik dalam pembelajaran. Saya sifatkan ianya satu peristiwa pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Google Expeditions AR

Pada 2016 saya telah diterima menyertai program rintis Google Expeditions VR Pioneer Program.

Program ini memerlukan anda melakukan perbelanjaan tertentu untuk mendapatkan set paparan VR (peranti pintar dan kit VR).

Atas faktor bajet serta masa yang terbatas, saya tidak dapat meneruskan projek ini untuk sekolah. 💸

Google menerusi Google for Education baru-baru ini mengumumkan, mereka telah membuka satu program baru iaitu Google Expeditions AR Pioneer Program.

Berbeza dengan pendekatan sebelum ini, program ini akan membawa elemen Augmented Reality (AR) ke dalam bilik darjah.

Bagaimana untuk menyertai program ini? Bagi guru atau sekolah yang berminat, anda dikehendaki melakukan pendaftaran minat menerusi borang yang disediakan.

Jika diterima mereka akan menghantar email balas menyatakan anda terpilih meyertai projek rintis ini.

Seterusnya anda perlu mendapatkan beberapa kit khas untuk pembelajaran dari mereka atau dari pihak ketiga.

Setelah menjalankan program rintis anda perlu membekalkan beberapa maklumat kepada Google berdasarkan terma dan privasi yang ditetapkan.

Lancar projek dana awam pendidikan di 100%project

Jika anda berminat dengan inisiatif baharu ini, dan mempunyai bajet yang besar untuk mendapatkan kit yang disediakan, apa kata anda menyertai program ini.

Ayuh, sediakan satu pengalaman pembelajaran yan menyeronokan dan bakal dingati oleh pelajar anda. ☃️

Sertai Google Expeditions AR

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.


Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.